Tuesday 5 January 2016

Sehubungan itu, Anina mencabar Perdana Menteri supaya meletak jawatan kerana gagal menjadi pemimpin yang baik untuk 30 juta rakyat Malaysia.
“Saya hanya pekerja biasa yang bekerja untuk membesarkan anak-anak kecil yang masih bersekolah tetapi saya sanggup memikul tanggugjawab ini (melepaskan jawatan) demi nama baik dan masa depan institusi tempat saya bekerja.
“Saya cabar beliau untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab melepaskan jawatan untuk 30 juta rakyat Malaysia, sekiranya saya boleh lakukan kenapa Datuk Seri Najib tidak boleh,” katanya.
Anina berkata, dia sedikitpun tidak rasa menyesal melepaskan jawatan sebagai pensyarah universiti kerana keputusan itu demi mencari kebenaran yang sebenar dan yakin rezeki itu bukan datang dari Najib tetapi datangnya dari Allah.
Keputusan itu juga akan memberi peluang kepadanya untuk berjuang dengan lebih hebat untuk mendesak Perdana Menteri demi membela nasib 30 juta rakyat Malaysia.
“Saya berani menentang Datuk Seri Najib, saya berani mengheret Datuk Seri Najib ke mahkamah kerana saya percaya Allah SWT itu ada. Saya tidak akan mati kerana Datuk Seri Najib. Saya tidak akan mati kerana perjuangan saya terhadap Datuk Seri Najib.
“Ini bermakna perjuangan saya akan lebih hebat selepas ini, Saya akan terus mara ke hadapan. Keputusan mahkamah tinggi mengenepikan saman saya itu adalah satu permulaan yang baru dalam perjuangan saya,” katanya.
Dia menjelaskan, keputusan itu bukan kerana tekanan daripada mana-mana pihak sebaliknya dibuat dengan kerelaan hati kerana sayangkan universiti dan tidak mahu nama baik universiti itu diheret dalam kancah ‘peperangannya’ dengan Najib.
Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib mengetepikan saman Anina berhubung isu dana RM2.6 bilion. – FMT

No comments:

Post a Comment