Wednesday 6 January 2016

Qu Puteh taja TRW: 5 syarikat kosmetik penaja acara sukan

Qu Puteh taja TRW: 5 syarikat kosmetik penaja acara sukan
CoverGirl mengeluarkan koleksi 32 warna mekap khusus semasa menjadi penaja Liga Futbol Kebangsaan (NFL). Foto/Twitter
Jika dilihat pada sejarah penajaan pasukan bola sepak, agak jarang untuk kita mendengar mana-mana pasukan ditaja sebuah syarikat produk kecantikan.

Lebih jarang didengar adalah jika syarikat itu menjadi penaja paling besar untuk pasukan berkenaan.

Justeru, jika benarlah penajaan Vida Beauty Sdn.Bhd. (yang mengeluarkan produk seperti Jus Pamoga dan Qu Puteh) kepada pasukan bola sepak Kelantan menjadi kenyataan, ia akan menjadi satu pembaharuan bukan sahaja di negara ini, malah juga di dunia.

BACA: KAFA setuju dua syarat tajaan, dedah Datuk Seri Vida

Di bawah adalah beberapa syarikat yang mengeluarkan produk kosmetik yang pernah terbabit sebagai penaja dalam kegiatan dan acara sukan.

CoverGirl

Menjadi antara penaja utama National Football League (NFL) di Amerika Syarikat pada tahun 2014, syarikat kosmetik mega ini mengeluarkan koleksi 32 warna mekap khusus yang digambarkan sebagai boleh "menonjolkan anda walaupun dari jarak 50 ela".

Nivea

Melalui jenama Nivea Men, Nivea menjadi antara penaja utama pasukan bola sepak Real Madrid untuk musim 2015/2016.

Beberapa bintang Real, antaranya Sergio Ramos dan Álvaro Arbeloa, juga muncul dalam iklan produk tersebut.

DHC Corporation

Antara syarikat gergasi sebagai pengeluar produk kesihatan dan kosmetik, ia pernah menjadi penaja pasukan bola sepak Sagan Tosu, yang menghuni Liga Divisyen 1 Jepun.

Perfect Scent Cosmetics
Merupakan salah satu penaja untuk pasukan futbol dari Melbourne, Black Rock Jets pada tahun 2014.

Yusmira Trading

Sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan dan kosmetik dari Kelantan, menaja pasukan Kelantan selama tiga tahun dari tahun 2010 sehingga 2012.

TONTON: Persetujuan rasmi KAFA ditunggu

No comments:

Post a Comment