Wednesday 6 January 2016

 
Noor Jan Tuah yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka menyoal sama ada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berminat mendapatkan gelaran ‘datuk’ daripadanya.
Ini berikutan beberapa tweet Rafizi yang berulang kali memuji Noor Jan di laman twitter.
Noor Jan menjawab bahawa beliau “tak makan puji, tak juga mati dikeji” ataupun terpengaruh dengan pujian Rafizi.
Bagaimanapun akaun twitter itu dipercayai twitter parodi dan bukannya akaun sebenar yang dimiliki Noor Jan.
Beliau kemudiannya menyoal Rafizi: “Banyak betul kamu tweet angkat beta. Nak pingat? "
Rafizi sebelum ini berkata: "Dia nak buat lawak tu. Dia ingat lawak. Tapi @SultanMelaka_ lawak lagi ada class”.
Minggu lalu, Noor Jan mencetuskan kontroversi apabila beliau ‘menganugerahkan’ Abdul Rani Kulup dengan gelaran ‘Datuk'. Tindakan itu menyebabkan polis menyiasat kedua-dua mereka di bawah Akta Hasutan 1948.
Abdul Rani yang digambarkan sebagai "raja report polis" kerana aksi publisitinya, semalam dibawa dengan kereta peronda ke balai untuk disoal siasat.
Rafizi yang menanggap apa yang berlaku itu sebagai lucu menyiarkan di Twitter: “Ini tweet saya bagi sokongan moral kpd @SultanMelaka_ Rani Kulup & watak2 humour dlm masyarakat kita #kipidap #dongibab RT kalau setuju"
Ahli Parlimen Pandan itu seterusnya memberi kata-kata semangat kepada Noor Jan walaupun dirinya sendiri berdepan dengan siasatan hasutan.
“Jangan takut dengan Akta Hasutan @SultanMelaka_ saya ada 4 siasatan ha3. Terus tweet,” kata Rafizi.
8

No comments:

Post a Comment