Wednesday, 13 January 2016

Nak panggil apa kerajaan Selangor ni? Soal Noh Omar

Dikemaskini 
 
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan tentang kerajaan Selangor yang kini ditadbir oleh kerajaan yang "cacarmarba".
Menurutnya, beliau hairan apabila PAS dan musuh politiknya Parti Amanah Negara (AMANAH) kini berada dalam kerajaan negeri sedangkan parti Islam itu tidak bersama Pakatan Harapan.
“Nak panggil apa kerajaan Selangor ini. Nak kata kerajaan Pakatan Harapan, PAS tiada. Nak panggil Pakatan Rakyat, tak boleh sebab telah dibubarkan.
“Nak kata kerajaan yang mempunyai halatuju yang sama, dalam itu ada musuh. Jadi nak panggil apa," kata Noh Omar seperti dilapor SelangorPost.
Sehubungan itu, anggota parlimen Tanjung Karang itu turut mempersoal sama ada dasar-dasar PAS boleh diterima oleh DAP dan AMANAH.
Beliau turut mengatakan bahawa rakyat di Selangor kini menderita kerana dasar kerajaan negeri tidak dapat dilaksanakan disebabkan pertikaian politik antara parti pembangkang.
“Jadi adakah dasar-dasar PAS boleh diterima musuh mereka. Begitu juga dengan DAP dan PAN. Bolehkah mereka menerima dasar PAS yang menjadi musuh mereka. Maka jadilah kerajaan cacarmarba.
“Dalam hal ini rakyat Selangor yang menderita apabila dasar-dasar kerajaan tidak dapat dilaksanakan ke peringkat akar umbi apabila kerajaan yang ada asyik bertelagah dan berpolitik setiap masa.
Selepas AMANAH mendapat kerusi bagi majlis pihak berkuasa tempatan, kerajaan Selangor kini ditadbir oleh PKR, PAS, DAP dan AMANAH.
Bagaimanapun PAS tidak lagi berada dalam mana-mana gabungan bersama parti pembangkang.
Sabtu lalu, Pakatan Harapan juga telah menandatangi perjanjian untuk tidak lagi 'bersetuju untuk tidak bersetuju; yang ditandatangani oleh AMANAH, PKR dan DAP.
3

No comments:

Post a Comment