Wednesday 6 January 2016


Ahmad Maslan nafi suruh makan nasi lauk kicap

Dikemaskini 
 
Selepas dikritik kerana menyarankan orang ramai melakukan dua kerja, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan hari ini menafikan beliau menyuruh orang ramai makan nasi berlaukkan kicap.
Ahmad menyiarkan sekeping gambar di laman Twitter yang mendakwa beliau menyarankan perkara itu.
"Fitnah fitnah. Saya doakan agar org yg mencipta fitnah ini dibukakan hatinya oleh Allah agar kesal dan tak ulangi lagi," tulisnya di Twitter.
Keterangan pada gambar itu berbunyi "Jika nak berjimat cermat rakyat boleh makan nasi dengan kicap. Jangan nak salahkan kerajaan sebab GST dan penghapusan subsidi"
Antara yang memberikan respons adalah pengguna Twitter ‏@ShahHaliman.
"Dia fitnah GST cakap harga barang turun padahal GST harga barang naik. Moga hati Mad Maslan dibuka Allah & tak ulangi lagi," katanya.
Manakala ‏@azhhmzhh pula berkata "oo baru tau, fitnah tu dosa, pungut bermacam-macam cukai dari rakyat yang miskin itu tidak berdosa. Syabas Mad,".
Seorang lagi pemilik Twitter @kapten_syazwan berkata kepada Ahmad "Saya doakan anda supaya dapat membantu menurunkan harga barang ...amin,".
Ahli Pontian itu sebelum ini menerima kecaman warga internet apabila menyarankan orang ramai melakukan dua kerja bagi mengatasi kos sara hidup.
Ahmad bagaimanapun tetap mempertahankan cadangannya dan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga kerja iaitu sebagai anggota parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan Umno.
Susulan itu, seorang pelawak tanahair Harith Iskandar turut menyindir Ahmad di Facebook dengan menjelaskan perbezaan antara kerja dan tugas.
Hashtag #2kerja kemudian menjadi popular di Twitter bahkan digunakan oleh Ahmad sendiri.
3


No comments:

Post a Comment