Sejak kebelakangan ini kita sering terdengar pelbagai kisah yang terjadi di dalam masyarakat, ada kisah yang sebenarnya agak membimbangkan terutamanya ibu bapa.
Terbaru, diceritakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Schazwaney Sara di mana hari ini ibunya mengalami satu peristiwa yang amat ditakuti oleh ramai ibu bapa.
Kejadian berkenaan berlaku di sebuah pusat membeli belah
Ya Allah, benda yang paling kami takuti telah terjadi kepada Mami saya.
Kira-kira jam 2.30 petang tadi, Mami saya telah keluar pergi membeli belah dengan adik saya bernama Adam di NSK kuchai Lama, seperti biasa Adam memang suka duduk dalam troli sambil makan.
Mami letak Adam di tepi dia, dengan orang ramai dekat situ, ketika Mami tengah pilih-pilih ikan, Mami terdengar Adam memangil.
"Mami, Mami, Mami", mungkin Mami tidak sedar, bila Mami toleh belakang Adam dah tiada sekali dengan troli yang penuh dengan barang itu.
Mami apa lagi, terus menjerit-jerit memanggil nama Adam, selepas itu Mami terus ke kaunter "Customer Service" mintak tolong pengawal keselamatan untuk jaga semua pintu keluar masuk.
"Alahamdulillah", akhirnya ada orang jumpa Adam dekat tepi kaunter keluar, agak jauh juga dari tempat Adam hilang.
Mungkin orang itu tidak sempat nak bawa Adam keluar memandangkan hendak bawa keluar troli kena bayar dulu barang-barang yang ada dalam tu.
Petang ini Mami akan ke NSK Kuchai Lama untuk tengok balik rakaman kamera litar tertutup CCTV untuk kenal pasti siapa yang tolak troli tersebut.
Hati-hati semua. - Schazwaney Sara
- Siakapkeli.my
**Sehingga kini jam 4.30 petang laporan polis belum dibuat
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
No comments:
Post a Comment