Tuesday, 17 November 2015


Trauma naik motosikal

Susunan Ardini Sophia Sina 
hellinie@hmetro.com.my

Dia menggemari aktitivi lasak dan menggunakan masa yang ada untuk mencuba pelbagai aktiviti baru. Bukan hanya menyelam dan aktiviti di gimnasium, dia juga gemar mencuba makanan eksotik.
Bagaimanapun, Chelsea Olivia, 22, akui walaupun menyukai aktiviti lasak, ada satu perkara yang tidak mungkin akan dilakukannya.
Katanya, dia kini trauma naik motosikal walaupun hanya sekadar membonceng. Semua itu kerana beberapa kali mengalami kemalangan.
"Suruhlah saya lakukan apa saja, saya sanggup, tetapi jangan sesekali minta saya menunggang motorsikal. Saya tiga kali mengalami kemalangan kecil apabila menunggang motorsikal.
"Kemalangan itu tidak menyebabkan kecederaan teruk. Luka sikit saja tetapi ketika kemalangan itu saya membawa kanak-kanak. Ia berlaku di lokasi penggambaran dan ia satu babak dalam sinetron. Bagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila motosikal yang saya tunggang merempuh pokok.
"Walaupun kejadian itu sudah lama, ia membuatkan saya trauma. Sejak kejadian itu, saya takut naik motosikal.
"Kini kalau ada yang cabar mahu bayar saya menunggang kenderaan itu, saya tidak akan menerima tawaran itu. Biarlah saya kehilangan wang daripada nyawa melayang," katanya.
Mula dikenali di Malaysia menerusi sinetron Buku Harian Nayla dan Cincin, artis cantik itu kini bergelar tunangan orang apabila dilamar kekasihnya Glenn Alinskie, September lalu. Mereka mula kenal selepas digandingkan bersama dalam sinetron Buku Harian Nayla.
Chelsea akui dia sibuk mencari idea untuk majlis perkahwinannya nanti. Menjalani sesi fotografi dengan memakai gaun pengantin, aura mempelai itu mula kelihatan pada wajahnya.
Masih berteka-teki mengenai tarikh pernikahan mereka, Chelsea enggan mendedahkan maklumat mengenai majlis itu.
"Saya menjalani sesi fotografi ini bukan kerana bakal berkahwin dalam masa terdekat. Ia sekadar memenuhi undangan. Namun, tidak mustahil juga ia akan berlaku awal tahun depan. Saya lebih suka membiarkan semua orang tertanya-tanya dan menantikan majlis kami.
"Ketika bercinta dulu, hanya selepas beberapa tahun baru orang tahu kami bercinta. Apa salahnya kalau tarikh pernikahan itu pun kami rahsiakan juga.
"Perkahwinan bukan perkara main-main. Banyak hal perlu diambil perhatian," katanya.
Sinetron lakonan Chelsea, Cincin kini disiarkan di saluran Astro Ria (104) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang. Siri ini turut dibintangi Ririn Dwi Aryanti, Dude Harlino, Baim Wong, Aditya Putri dan Adjie Pangestu.
Ia mengisahkan Airin yang ditinggalkan Thea di rumah anak yatim. Thea memberi cincin kepada Airin sebagai tanda mereka akan bertemu lagi. Di rumah kebajikan itu, Airin bersahabat baik dengan Satsa. Dia berkenalan dengan Jonah, anak jutawan.
Artikel ini disiarkan pada : 
Ahad, 21 Disember 2014 @ 5:00 AM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17785?m=1#sthash.ajp2k1Wb.dpuf

No comments:

Post a Comment