Tuesday, 3 November 2015
Mendaki bukit atau gunung merupakan satu aktiviti yang baik untuk kesihatan selain memberi satu pengalaman baru kepada kita.
Aktiviti ini dikatakan telah menjadi hobi dan mempunyai peminatnya yang tersendiri lebih-lebih lagi bagi mereka yang meminati aktiviti sukan lasak tidak kira samada lelaki atau wanita.
Namun ada yang berpendapat bagi orang kurang upaya (OKU) lebih-lebih lagi tidak cukup anggota badan seperti kaki pasti tidak akan dapat mengikuti aktiviti lasak seperti ini.
Namun, apa yang diceritkan oleh Nur Maizan Nazmal ini ternyata semua sangkaan itu salah di mana seorang pemuda bernama Adam yang merupakan OKU tidak mempunyai kaki membuktikan bahawa mereka boleh melakukan aktiviti lasak seperti orang normal yang lain.
Adam, seorang pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dikatakan telah berjaya mendaki bukit Tabur sehingga ke puncak bersama sahabat-sahabatnya yang dikatakan bersamanya dan memberi semangat kepada Adam untuk mendaki.
Jom ikuti kisah Adam bersama sahabat-sahabat sejatinya yang dikongsikan olah Maizan..
Bismillah. Kisah hiking Bukit Tabur East pagi Jumaat 30 Oktober 2015 yang harmoni.
Al-kisah, kami naik bertiga. Yang cukup kudrat dan kemampuan. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke atas.
Sampai je kat puncak, terjumpa geng sama UIA. Ketiga-tiganya lelaki. Tengah breakfast sambil berborak.
Aku perasan yang sorang ni tengah duduk, ada lebihan jeans meleret atas tanah.
No comments:
Post a Comment