PETALING JAYA: “Saya akan pastikan satu hari nanti tangan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula digari,” kata bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.
Khairuddin berkata demikian kepada media sebaik keluar dari penjara mahkamah selepas pendakwaan terhadapnya dan peguamnya, Matthias Chang.
Kedua-dua didakwa kerana mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dibeberapa negara antaranya Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura antara 28 Jun hingga 26 Ogos.
Tiada pengakuan direkodkan
Khairuddin dan Matthias kelihatan ceria ketika hadir di mahkamah hadir sambil mendapat tepukan daripada penyokong yang memenuhi ruang dalam mahkamah.
Timbalan Pendakwa Raya, Masri Daud meminta mahkamah memberi tempoh sebulan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan menyediakan dokumen berkaitan.
Peguam bela kedua-dua tertuduh, Haniff Khatri Abdullah membantah permohonan itu dan memohon mahkamah membuat keputusan segera sama ada pendakwaan mengikut Kanun Keseksaan atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA 2012.
Majistret Siti Radziah Kamaruddin menetapkan 26 Oktober untuk sebutan semula dan membuat keputusan sama ada pendakwaan mengikut Kanun Keseksaan atau SOSMA 2012.
Khairuddin ditahan pada 23 September lalu di bawah SOSMA 2012 manakala Matthias ditahan pada Jumaat lalu di bawah akta yang sama.
⏩ JIBOTAK SUDAH GOYANG & HNYA MNUNGGU MASA.. ..😏
No comments:
Post a Comment