Friday, 23 October 2015

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat dengan bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'.
Beliau antaranya berkata kerajaan komited meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui penambahbaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Tahun lepas kerajaan menaikkan jumlah BR1M untuk isu rumah dan golongan bujang. Hari ini, Najib mengumumkan langkah sama dengan meningkatkan BR1M seperti berikut:
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.
Bagi isi rumah berpendapatan antara RM 3,001 hingga RM4,000 pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas serta, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.
Berikut reaksi awal rakyat di Facebook Najib selepas belanjawan 2016 dibentang hari ini.
Lembayung Senja: “Meringankan dompet rakyat.”
Dato T S Jeffry: “Terbaik Datuk Seri.”
Rosiah Ali: “Alhamdulilah, mudah-mudahan terlaksana.”
Kain Tet: “Puas hati dengan bajet 2016, bersyukur dengan kenaikan BR1M.”
Faridah Ayob: “Terima kasih Datuk Seri Najib sebab BR1M diteruskan, alhamdulillah.
Elyana Ella: “Moga Allah SWT membalas semuanya, rakyat susah, makan pun susah.
Bagaimanapun, ada juga rakyat yang melihat langkah kerajaan itu tidak akan mengubah apa-apa.
Juharie Jufiree: “Setiap tahun sama saja tapi rakyat tak jadi senang pun makin susah adalah.”
Ahmad Faizul Azral: “Aku syorkan lebih baik guna duit BR1M itu untuk inisiatif lain.”
Norizan Yang: “Apa pasal BR1M diteruskan? Dinaikkan pula, bagi semualah baru adil. Yang dapat pun kebanyakannya menipu.
Norfaizah Ahmad: “Apa faedahnya? Sama saja barang tetap naik, minyak, tol dan segala benda naik.
Threza Kiki Daimi: “BRIM naik pun bukan semua dapat, tak sampai satu bulan dah habis. Bayar barang, makanan, GST, minyak yang dah naik. Tak ada beza pun.

No comments:

Post a Comment