1MDB: Timb pendakwa raya pula ditahan
Seorang timbalan pendakwa raya ditahan awal pagi tadi berhubung siasatan 1MDB, kata sumber.
Difahamkan, penahanan itu dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan Datuk Seri Najib Razak.
"Ini adalah cubaan menghalang siasatan kerana bukti terhadap dalang yang melakukan perbuatan berkenaan kuat," kata sumber yang enggan didedahkan itu.
Berdasarkan perkembangan semasa, sumber itu berkata, mereka tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan dibuat.
Pagi tadi bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bergelar Tan Sri dan seorang pegawai dari Pejabat Peguam Negara sudah ditahan.
Mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan hakim memberi kebenaran supaya kedua-dua individu diremah sehari.
Ditahan pada malam tadi, kedua-dua individu itu disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung tuduhan terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi.
[Baca berita asal]

Artikel Berkaitan
Komen
No comments:
Post a Comment