Melaka: Seorang guru wanita berumur 37 tahun ditemui rentung terbakar di dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Nibong, Paya Dalam, di sini, kira-kira 2 pagi tadi.
Beliau yang sedang mengambil cuti sakit dikenali sebagai Fara Wahidah Ali, seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak.
Bapa mangsa Ali Mikram, 62, berkata, dia menyedari kebakaran berkenaan selepas tersedar kira-kira pukul 2 pagi selepas terdengar bunyi letupan dan ternampak cahaya besar menerusi tingkap rumahnya sebelum membuka dan mendapati api sedang marak.
"Pada awalnya saya tidak tahu anak saya dalam kereta kerana menyangka dia sedang tidur lalu mengejutkan anak lelaki untuk memadam kebakaran menggunakan air.
"Namun selepas mendapati kunci kereta jenis Proton Iswara tiada di tempat disimpan dan anak perempuan saya menyatakan Fara tiada dalam BILIK tidurnya, saya mengesyaki dia berada dalam kereta itu," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang terbakar sepenuhnya dan sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Mengikut rakan-rakan dan saudara mangsa, ada yang mengatakan mangsa telah diganggu oleh makhluk halus sehingga menyebabkan mangsa bertindak sedemikian.
Berdasarkan nota yang ditinggalkan beliau ternyata ada sesuatu yang 'mengganggunya' yang berbunyi “Ning, aku nak bakar iblis ni hidup-hidup. Iblis tak boleh duduk serumah dengan orang hidup. Menimbulkan pergaduhan nanti. Selamat tinggal,” tulis arwah berserta tandatangannya.
No comments:
Post a Comment