Tuesday, 4 August 2015

Log Masuk Langgan BERITA Utama Semasa Politik Sukan Dunia Bisnes Jenayah Kolumnis Rencana BH@IT Hiburan Foto Video MEDIA SOSIAL Polis tahan tiga anggota polis, JPAM, RELA disyaki rogol seorang wanita KHAMIS, 25 SEPTEMBER 2014 - 3:27PM SANDAKAN: Polis menahan tiga lelaki, masing-masing anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA kerana disyaki merogol seorang wanita di sebuah hotel, di sini, Isnin lalu. Suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini pagi tadi, susulan laporan polis yang dibuat oleh wanita warga asing berkenaan, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga suspek terbabit yang menjalankan rondaan di bandar ini dikatakan menahan wanita berusia 21 tahun itu untuk pemeriksaan. Bagaimanapun, wanita itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menyebabkan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sebagai syarat untuk dilepaskan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/7862?m=1

No comments:

Post a Comment