Sunday, 30 August 2015

💓Kisah Anggur🍇

Seorang Yahudi mengundang Imam Ali bin Abi Thalib ke rumahnya. Setiba di rumah, Yahudi itu menghidangkan buah anggur kepada Imam Ali dan Imam Ali pun memakannya. Kemudian Imam Ali dipelawa untuk meminum Khamr (arak), dan Imam Ali menolak sambil berkata, "Ini Haram bagi kami." Yahudi itu pun berkata, "Kalian sangat aneh wahai Muslimin! Kalian menghalalkan ini dan mengharamkan ini, padahal ini (Khamr) berasal dari ini (anggur) !?" Imam Ali tersenyum dan bertanya kepada Yahudi itu, "Adakah anda punyai isteri?"
Yahudi itu menjawab, "Ya."
Kemudian Imam Ali bertanya lagi, "Adakah anda punyai puteri?"
Yahudi itu menjawab lagi, "Ya."
Imam Ali membalas, "Adakah anda tahu bahawa Allah menghalalkan kepadamu isterimu dan mengharamkan kepadamu puterimu!? Padahal puterimu berasal dari isterimu. !?" Saat itu juga Yahudi itu berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah saw."

Sumber:- Dari Al-Habib Abdul Rahman Alydrus | Majelis Ta'lim
Semoga bermunafaat...
---

No comments:

Post a Comment