04/19/2015 by Ana Ghoib
 

Abby dakwa perkahwinan dengan Norman bukan atas dasar cinta?

abby abadi norman hakim

Petikan dari laman sosial Instagram Abby Abadi.
PADA 9 April lalu, pasangan selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, baharu sahaja menerima kehadiran cahaya mata lelaki yang diberi nama, Mohamed Dikhriz Hakim.
Beberapa hari setelah dilahirkan, keluarga ini turut menerima kunjungan istimewa daripada bekas isteri Norman, Abby Abadi. Malah, Norman turut memuat naik foto isteri tercinta itu di samping bayinya bersama Abby di laman sosial, Instagram (IG) miliknya.
Melihat kepada kemesraan keluarga itu, ramai pengikut yang mencadangkan agar Norman dan Abby bersatu semula dan hidup sebagai suami isteri.
Pun begitu, Abby menerusi laman sosial miliknya, mendedahkan bahawa perkahwinannya dengan Norman pada satu ketika dahulu bukanlah atas sebab cinta.
Namun, Abby tidak menjelaskan secara terperinci dan akan berkongsi bukti berbentuk gambar jika Norman memberi keizinan. Tulisan Abby bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengikutnya baik negatif mahupun positif.
Melihat kepada komen dan kritikan daripada orang ramai, Abby memutuskan untuk tidak akan meneruskan niatnya untuk bercerita mengenai perkara itu lagi.
“Tak apalah, saya malas nak layan sebab kalau jawab nanti, orang akan panjangkan perkara ini. Lagipun, ramai sangat juri awam kat Malaysia ini.
“Saya memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan perkara ini. Tak ada apa yang serius dan kalau cerita pun, ia tidak berbaloi. Jadi, lupakanlah saja.
“Bagi saya, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk dikongsikan bersama,” katanya lagi.
Umum mengetahui, Norman dan Abby Abadi pernah berkahwin namun bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu, Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim, 7. – Sinar Harian
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank

User Online
Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Share Icon – TQ Grazie Merci Syukran – MRM

Sila Komen - Sebarkan!


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


iklan kedai murah murah shopping online malaysia