AKHIRNYA MAZA MENGAKU JUGA SEBARKAN FITNAH TERHADAP PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG
Macam nak lari dari bertanggungjawab, tetapi apabila sudah digesa bertalu-talu hingga kepada media barulah MAZA mengaku.
Jika pernyataan itu bukan rasmi, maka tulis sahaja di whatsapp tersebut BUKAN RASMI, JANGAN SEBARKAN !. Tetapi kamu diamkan perkara ini hinggalah menjadi viral. Jahat betul kelicikan kamu ya MAZA !
Hanya setelah itu, baru tulis bahawa dalam fan page DRMAZA itupun admin yang tulis (boleh percaya ke?) itu sahaja yang rasmi
Namun sebenarnya banyak lagi kenistaan dan pembohongan kamu terhadap ulamak, institusi agama, pondok dan pelbagai lagi yang pernah kami dedahkan dalam fan page ini.
Berbalik kepada pernyataan terbaharu :
MAZA tulis :
Punca perbincangan ialah kerana mudir darul hadis berkenaan DILIHAT telah menyebar dan mengamalkan hadis-hadis yang tidak sahih seperti al-Musalsal bi Ilbas al-‘Imamah iaitu hadis musalsal memakaikan serban kepada pihak lain. Gambar majlis tersebut disiarkan di media social secara meluas. Secara umumnya musalsal bermaksud setiap periwayat sesuatu hadis meniru perbuatan seperti mana yang diriwayatkan kepadanya oleh rawi sebelumnya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kebanyakan hadis musalsal adalah tidak sahih bahkan palsu.
Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 848H) yang merupakan tokoh hadis agung: “Secara umumnya hadis-hadis musalsal adalah dhaif, kebanyakannya pula adalah batil, disebabkan pembohongan perawinya” (al-Dhahabi, al-Muqizah fi `ilm al-Mustalah al-Hadith, m.s. 44. Syria: al-Matbu`at al-Islamiyyah).
ULASAN :
1. Hadith tak sahih bukan bermaksud hadith palsu. Di mana Mufti ni letakkan hadith hasan dan hadith dhoief ? Sedangkan budak sekolah menengah yang belajar ulum hadith pun akan tahu hadith hasan dibuat hujjah untuk hukum hakam. Manakala hadith dhoief dibolehkan beramal untuk fadhilatul a'mal (kelebihan beramal) serta targhib dan tarhib.
2. IJMAK ULAMAK MENERIMA BERAMAL DENGAN HADITH DHOIEF :
Lihat penjelasan para ulamak hadith muktabar di bawah :
Imam An-Nawawi berkata dalam kitab Al-Majmu’ (3/226):- "Telah kita jelaskan sebelum ini bahawasanya, para ulama’ telah bersepakat tentang keharusan beramal dengan hadith dho’if pada fadho’il amal (kelebihan-kelebihan dalam amalan), bukan dalam bab halal dan haram…"
Catatan: Imam An-Nawawi juga turut meriwayatkan perkataan beliau tentang ittifaq (kesepakatan) ulama’ dalam membolehkan amalkan hadith dho’if dalam fadho’il amal dengan syarat-syaratnya dalam kitab AlArba’in pada muqoddimah beliau.
Imam Ar-Ramli berkata dalam fatwanya (4/383):- "Imam An-Nawawi menjelaskan dalam banyak kitabnya bahawasanya ijmak (telah sepakat) ahlul-hadith dalam keharusan beramal dengan hadith dho’if pada bab fadho’il amal dan sebagainya secara khusus..." Al-Khattab dalam kitab Mawahib Al-Jalil (1/17) dan syarh Al-Kharsyi (1/23) berkata: "Saya katakan: Walaupun hadith ini dho’if (hadith kullu amrin zi balin...), maka ulama’ bersepakat boleh menggunakan hadith dho’if dalam fadho’il amal..."
Imam Mulla Ali Al-Qari berkata dalam Al-Khath Al-Aufar sebagaimana juga diriwayatkan oleh Imam AlLaknawi dalam Al-Ajwibah Al-Fadhilah (m/s 36):- "Hadith dho’if diambil-kira (digunapakai) dalam bab fadho’il amal di sisi seluruh ulama’ yang mempunyai kesempurnaan keilmuan mereka..."
Begitu juga dalam Al-Maudhu’at oleh Imam Mulla Ali Al-Qari dan Al-Ajwibah Al-Fadhilah (m/s 36) ada menyebut:- "Hadith dho’if digunakan dalam bab fadho’il amal berdasarkan kesepakatan ulama’..."
Imam Ibn Hajar Al-Haitami berkata dalam Syarah Al-Arba’in m/s 32:- "Para ulama’ telah sepakat boleh menggunakan hadith dho’if dalam bab fadho’il amal kerana ia sebenarnya merupakan hadith yang sahih dari sudut asalnya (matannya), maka perlulah diberikan haknya iaitu beramal dengannya..."
Imam Ibn Hajar Al-Haitami berkata dalam fatwanya (2/54):- "Telah menjadi kaedah bahawasanya hadith dho’if, mursal, munqoti’, mu’addhol dan mauquf boleh diamalkan dalam bab fadho’il amal secara ijma’..." Beliau juga menjelaskan kesepakatan ulama’ dalam keharusan dalam menggunakan hadith dho’if dalam
No comments:
Post a Comment