Tuesday, 25 August 2015



1. LATIHAN ANGKAT BERAT

Lelaki masa kini agak sinonim dengan barangan membina otot seperti barbel, dumbbell dan sebagainya. Latihan ini sememangnya mudah dapat meningkatkan hormon lelaki agar dapat merangsang pertumbuhan dengan cepat. Penggunaan dumbbell juga perlu betul dan mengikut keseimbangan yang sesuai. Jika tersalah guna mungkin akan menyebabkan keretakan pada tulang tangan. Terdapat banyak cara yang perlu dilakukan bergantung kepada bentuk badan kamu.

2.PENGAMBILAN KALORI

 Dalam memastikan tubuh mu lebih kelihatan sihat dan sasa.. pengambilan kalori itu penting. Pengambilannya juga perlu selaras dengan tenaga yang digunakan. Malah jika ia diambil secara berlebihan mungkin akan memudaratkan kesihatan dan membantutkan pembentukan otot di bahagian perut. Ambil kuantiti kalori yang sesuai untuk tahap tenaga yang digunakan.

3.LEBIHKAN PROTEIN

Protein merupakan makanan asas kepada manusia. Malah 70% daripada sumber makanan di bumi ini terdiri dari kelompok protein. Kepada kamu yang idamkan badan sasa pastikan kamu mengambil makanan berprotein seperti TELUR dan IKAN. Rutin mereka yang idamkan badan sasa tidak sukar malah hanya perlu menjaga makan dan kadar pengambilan makanan yang diambil. Dinasihati agar makan 2 biji telur separuh masak setiap hari sebelum melakukan senaman.

4. MINUM BANYAK AIR

memperkatakan bahawa masyarakat di barat memiliki badan sasa sejak dari usia remaja lagi. Faktor genetik menjadi faktor utama malah tahukah kamu bahawa mengambil air secara berkala mampu memberi tenaga dan secara tidak langsung dapat menghakis lemak yang terkumpul mempermudahkan peningkatan otot di tubuh mu.

5. MULTI VITAMIN

Terdapat banyak vitamin tambahan yang terjual di pasaran. Tetapi sejauh mana kita sebagai seorang remaja tahu mengenai keberkesanannya. Pilih vitamin tambahan yang sesuai dengan kamu. Kadangkala makanan semula jadi seperti buah limau juga mengandungi vitamin yang sesuai untuk semua tubuh badan khususnya mereka yang ingin menjaga badan yang sasa. Selain itu, elakkan dari mengambil makanan berair terlalu kerap sepeti timun, buah tembikai dan sebagainya kerana akan menyebabkan pengecutan otot secara perlahan-lahan.

6. REHAT SECUKUPNYA

Kehidupan kamu akan sentiasa segar jika kamu tidur dengan secukupnya. Malah ia dapat membantu untuk menstabilkan otot kamu. Otot yang sasa kadang kala perlu diberi rehat secukupnya, hal ini kerana dengan tidur dan rehat yang cukup membantu pembentukan tubuh badan secara semula jadi. Dinasihati kepada semua remaja agar tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

No comments:

Post a Comment