Thursday, 27 August 2015

 
08/27/2015 by Ana Ghoib
 

Tentera campur tangan jika Putrajaya isytihar Bersih 4 darurat

General-Tan-Sri-Zulkifeli-Mohd-Zin-ATM

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, setakat ini ATM tidak terlibat mengawal himpunan ini kerana situasi masih belum mencapai tahap darurat. – Gambar Ismaweb

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan masuk campur menangani himpunan Bersih 4 yang akan diadakan hujung minggu ini jika kerajaan mengisytiharkan darurat, kata Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Panglima ATM itu dipetik The Star Online berkata, pihaknya setakat ini tidak terlibat mengawal himpunan ini kerana situasi masih belum mencapai tahap tersebut.
“ATM hanya akan masuk campur jika kerajaan mengisytiharkan darurat.
“Jika situasinya dikategorikan sebagai ancaman kepada orang awam, kami akan ambil alih peranan polis mengawal keadaan,” katanya di Kementerian Pertahanan, hari ini.
Polis sekarang memulakan siasatan terhadap kumpulan anti-BERSIH yang berkata akan berlatih dengan menggunakan parang untuk mempertahankan diri.
BERSIH 4 akan berlangsung 34 jam bermula Sabtu ini di tiga kota besar, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
Ia berlangsung ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berdepan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya, kontroversi 1MDB serta kejatuhan teruk nilai ringgit.
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank! 
Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Share Icon – TQ Grazie Merci Syukran – MRM

Tolong Share Komen - Sebarkan!


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


No comments:

Post a Comment