08/08/2015 by Ana Ghoib
Najib cadang ahli Umno buka akaun Facebook dan Twitter
Datuk Seri Najib Razak membayangkan jika semua tiga juta ahli Umno dapat mendominasi media sosial, mereka dapat mengalahkan dakyah parti lawan dalam politik.
Berucap di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini Presiden Umno itu berkata, daripada “membebel tidak tentu arah” lebih baik untuk ahli parti itu belajar memanfaatkan media sosial dan Internet.
Justeru Najib mencadangkan supaya ahli Umno sekurang-kurangnya membuka akaun Facebook dan Twitter.
“Kalau tak boleh menjadi bloger pun, jadi ahli yang ada akaun Facebook dan Twitter pun cukup,” katanya.
Langkah itu kata Najib boleh membantu parti memperbetulkan keadaan parti.
“Apabila nampak presiden parti kena serang, kita serang balik,” katanya kepada perwakilan dan pemerhati Mesyuarat Agung Tahunan Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini.
Perdana menteri berpendapat ‘medan perang’ politik baru kini bukan lagi berlaku di alam fizikal sebaliknya melalui dunia maya.
Menyedari hakikat itu Najib mahu ‘medan perang’ itu dikuasai oleh Umno.
“Jika kita boleh dominasi media sosial, red bean army (gelaran untuk pejuang papan kekunci mewakili pembangkang) pun boleh dikalahkan, kerana kita mempunyai kekuatan. Cuma kita belum mahir, belum rasa ini medan baru,” katanya.
Dalam ucapannya, Najib turut memetik kata-kata cendekiawan silam, Albert Einstein yang memberitahu, masalah hari ini tidak boleh diselesaikan dengan rumusan semalam.
“Kita mesti faham bahawa rakyat kadang-kadang berdepan dengan maklumat yang berlebihan,” katanya. – Mkini
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank
User Online
User Online
No comments:
Post a Comment