08/04/2015 by Ana Ghoib
 

Syukurlah, dalam diam lahir bilionair Melayu kebanggaan Malaysia

najib lawak 1mdb umno

Terang lagi nyata. Apa yang menjadi persoalan selama ini terjawab sudah akhirnya. – Foto ilustrasi / Omak Kau Blog
lawak najib derma
Tak pernah lagi Amran dengar anak yatim dah tua bangka dapat derma. Zaman sekarang budak tingkatan satu nak dapat duit raya pun susah. Pelik betul … Hmmmmm…. – Amran Fans –  MRM – Malaysia Darul Kelakar :)
SPRM akhirnya mengesahkan wang sebanyak RM2.6 bilion atau RM2,600 juta yang didakwa mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini, benar-benar wujud dan sahih rupanya.
Cuma menurut SPRM, wang itu bukannya daripada 1MDB tetapi daripada sumbangan penderma.
Siapakah agaknya penderma yang begitu murah hati itu? Adakah ia penderma tunggal atau ramai jumlahnya?
Apakah penderma itu melibatkan negara asing, pemimpin luar, ahli perniagaan antarabangsa atau rakan-rakan Najib dari dalam dan luar negara?
Apa pula tujuan mereka menderma dan memberi sumbangan? Suka-suka atau mengharapkan balasan?
Jika ada balasannya, apakah yang telah diberikan Najib kepada mereka?
Benarkah sumbangan itu untuk tabung amanah parti? Jika untuk tabunh parti, kenapa guna akaun bank peribadi?
Ahhh…sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh ditanyakan kepada Najib mengenai wang tersebut. Tetapi eloklah dilupakan segala tanda tanya itu.
Lupakanlah juga pasukan petugas khas, laporan audit atau siasatan PAC sekali pun. Lebih patut dilupakan ialah untuk mengaitkan wang itu dengan rasuah, penggubahan wang haram dan sebagainya.
Sebaliknya, berita yang disahkan oleh SPRM ini seharusnya membuatkan kita bersyukur dengannya.
Sebagaimana yang dijangka, berikutan berubahnya trend sejak akhir-akhir ini, dengan pada mulanya mengatakan wang RM2.6 bilion itu sebagai fitnah, konspirasi dan akhirnya sebagai sumbangan tabung amanah, yang nyata kewujudan wang itu adalah benar belaka.
Rupa-rupanya The Wall Street Journal dan Sarawak Report tidak berbohong kepada kita, walaupun mereka bukan beragama Islam dan dikaitkan dengan Yahudi pula.
Pengesahan SPRM mengenai wang RM2.6 bilion itu memang berada dalam akaun Najib sebaiknya haruslah menyebabkan kita berbangga kerana dalam suasana ekonomi dunia yang suram, rupa-rupanya lahir seorang bilionaire atau bilionwan atau orang yang mampu mengumpul wang beribu-ribu juta di kalangan Melayu dan Islam secara senyap-senyap dan tanpa bising-bising menagih kontrak atau mengharapkan bantuan kerajaan.
Wahh…sudah tentu ini merupakan satu lagi pencapaian Dasar Ekonomi Baru serta tambah mengukuhkan ekonomi orang Melayu dan Islam di negara kita. Bertambah lagi jumlah bilionwan dalam negara kita ini.
Maka, kita haruslah menerima dengan syukur, bukan hasad dengki dan caci maki atas pencapaian Najib itu.
Cumanya, terlanjur berbangga dengan pencapaian Najib itu, ingin juga ditanyakan mengenai laporan yang tidak dinafikan mengenai pendepositan sebanyak RM2 juta dalam tempoh tidak sampai tiga bulan ke dalam akaun Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri tidak lama selepas pendedahan mengenai wang RM2.6 bilion itu.
Adakah ianya juga merupakan sumbangan penderma yang bermurah hati terhadap Rosmah?
Bagaimanapun oleh kerana jumlahnya hanya juta-juta, bukan bilion-bilion seperti yang diterima suaminya, tak perlulah ditanya macam-macam seperti daripada mana dan siapa yang memberikan wang itu.
Syukurlah, dengan isu ini sudah terjawab dan sekaligus memberi kelegaan kepada kita semua, diharapkan lebih banyak lagi sumbangan derma diterima oleh Najib dan Rosmah selepas ini.
Lebih 50 tahun merdeka tidak pernah kita mempunyai pasangan Perdana Menteri dan isteri yang begitu dirahmati seperti ini sehingga sumbangan derma juga ribu-ribu juta mampu dikautnya.
Bukankah lagi banyak derma yang diterima mereka, lagi makmur dan sejahtera negara kita?

* Ini adalah tulisan dan pendapat peribadi Shahbudin Husin dan tidak mewakili pandangan kami MRM. Untuk membeli buku-buku politik beliau klik SINI.
Shahbudin Husin pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju serta AJK Pemuda UMNO Negeri WP. Telah menghasilkan enamt buah buku poliitik iaitu Najib Perdana Menteri Terakhir, Kesilapan-Kesilapan Najib, Asalkan Bukan Najib, Najib Gagal, Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat Dari Isi Hati Sabbaruddin Chik dan terbaru berjudul Kad Merah Untuk Najib.
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank

User Online
Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Share Icon – TQ Grazie Merci Syukran – MRM

Sila Komen - Sebarkan!


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


iklan kedai murah murah shopping online malaysia