ORANG RAMAI MEMANG DAH LAMA TAHU. KAMI BUKAN BUTA, PEKAK DAN TAK RETI BERPIKIR.TAPI RAMAI DI ANTARA KAMI YANG MEMILIH UNTUK SENYAP SAMBIL BERSABAR JER. KAMI BAGI MUKA DAN BAGI CHANCE SEBAB TAK NAK KACAU BILAU BERLAKU. TAPI BILA DAH MELAMPAU LAMPAU SAMPAI LUPA DIRI, TERPAKSA LA JUGAK KAMI BERSUARA DAN BUAT BISING. JANGAN SAMPAI KAMI MELETUP SUDAH LA.
Entah kat mana la aku baca tadi. P. Ramlee ni memang hebat dan boleh meramal masa depan la agaknya. Ataupun... setidak2 nya, beliau seorang yang rajin mengkaji serta berpandangan jauh.
Daripada kisah Ibu Mertuaku, Penarik Beca, Bujang Lapuk hinggalah cerita alif mim nun wau alif tendang wau sarkis sampai la kepada cerita kaki2 makan persen Tiga Abdul dan cerita 40 Penyamun. Amat menghiburkan dan berisi mesej2 yang padat.
Kalau siapa2 tengok pakaian 40 penyamun ketika keluar dari gua masa nak ke bandar tu (penyamun2 pun ada public holiday)... ada yang memakai pakaian Tok Hakim, Koboi, Doktor dan lain2 lagi profession serta kerjaya.
P. Ramlee ni nak beritahu agaknya bahawa penyamun2 di negara kita ada bermacam2 jenis dan spesis. Mungkin kita boleh sedikit sebanyak bersetuju kot jika filem2 P.Ramlee ni dijadikan sebagai rujukan ilmiah terutamanya dalam menceritakan senario politik negara kita yang tercinta ni.
Banyak filem2 beliau menyampaikan mesej2 berbentuk keadaan semasa beliau dan ramalan apa akan jadi pada masa hadapan.
Sekarang dah tahun 2015... sindiran2 P. Ramlee yang penuh makna boleh dibandingkan dengan realiti pada masakini. Contohnya... penyamun2 pun ada persatuan2 penyamun. Sesetengahnya mungkin berdaftar dan bertaraf halalan toyibah. Penyamun2 pun ada doktor2 peribadi. Penyamun doktor kata "kurang vitamin C"... :D
Orang2 kaya pulak (seperti watak Sarip Dol dan Kemat Hassan) boleh sahaja berpakat dengan penyamun bertaraf "Chief Penyamun" untuk menganiaya dan merompak orang2 kaya lain. Agak2 nya dalam negara kita, ada berapa ramai yer mereka2 yang gah bergelar "Chief Penyamun" ni? Ada berapa banyak pulak gua2 telah dibina untuk menyorokkan harta2 samun yang bertimbun2 ni?
Rindu aku dengan P. Ramlee ni... antara skripnya yang aku selalu teringat berbunyik... "Kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham. Sarjan gaji kamu 30 dirham sebab banyak amik I O U". Pengajarannya ialah jangan suka amik loan duit advance dan jangan selalu buat hutang.
Satu perkara yang mungkin kita boleh respek kat penyamun2 tu ialah... walau diaorang2 dikelilingi dengan emas serta harta bertimbun2 dalam gua tuh, seorang pun tak curi hasil organisasi sendiri. Penyamun2 masih menerima gaji yakni bahagian masing2 dari "Chief Penyamun".
Kalau siapa2 rasa gaji tak cukup, pandai2 la cari rezeki lain kat luar (seperti Ibrahim Pendek a.k.a. Sarjan membuka gerai judi dadunya... mari kita lihat siapa yang kena!!!) walaupun menipu. Yang penting penyamun2 tidak menipu organisasi dan bos sendiri.
Berbeza bebeno dengan penyamun2 zaman sekarang.....walau dapat gaji... dan dah banyak menyamun berbillion2 harta tapi masih lagi syok mencuri lagi dan lagi dan lagi khazanah negara dan organisasi sendiri.
Eh... panjang pulak aku mengarut. Ok... Bye :P
No comments:
Post a Comment