KUALA LUMPUR: Ada dua kegembiraan yang dilalui aktres popular, Lisa Surihani baru-baru ini. Satu daripadanya ialah berpeluang mewawancara pelakon Bollywood pujaannya, Kajol yang berkunjung ke Malaysia untuk majlis pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD (saluran 251). Kedua, impiannya untuk berlakon dengan produksi teater milik Datin Seri Tiara Jacquelina akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau ditawarkan membintangi pementasan teater muzikal P Ramlee musim ketiga membawakan watak Junaidah. Lisa yang dihubungi BH Online mengakui cukup teruja dan terharu dengan dua pengalaman indah itu. "Ketika acara pelancaran saluran baharu BollyOne HD itu saya diberi mandat untuk menemubual Kajol sebanyak 10 soalan di pertengahan majlis itu. Kajol menjadi tetamu khas kepada saluran berkenan. "Antara soalan yang saya ajukan ialah perasan dan tanggapannya terhadap Malaysia, penggunaan media sosial selain perkembangan terbaharu. Malah saya juga memberanikan diri meminta izin untuk dia memeluk saya dan dia tergelak dan dengan spontan memeluk saya di atas pentas yang disaksikan tetamu serta rakan media. "Awal Ashaari yang menjadi pengacara majlis utama turut mencuri kesempatan untuk mengajak kami berdua berselfie," kata isteri kepada Yusry Abdul Halim itu. Bagi Lisa, peluang menemuramah Kajol itu sangat berharga buat dirinya. Malah selepas temubual itu, Lisa sekali lagi menemubual pelakon berkenaan untuk lima soalan secara spontan di dalam bilik berasingan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/2243?m=1
No comments:
Post a Comment