Sunday, 19 July 2015

ANITA Sarawak (kiri) ketika menggayakan barang kemas tajaan Habib pada 2010, sambil diperhatikan suaminya, Mahathir Abdullah. Gambar kecil, Noorkumalasari. - Foto arkib NSTP KUALA LUMPUR: Jauh di mata dekat di hati, demikianlah gambaran silaturahim antara Noorkumalasari dan kakaknya, Anita Sarawak. Menerusi portal Singapura, The New Paper Selasa lalu, Noorkumalasari memberitahu kali terakhir dia menghubungi Anita ialah Mac lalu. Namun panggilan itu tidak berjawab dan Anita gagal dihubungi. Kata Noorkumalasari, Anita tidak pernah lupa menghubunginya hampir setiap April untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Berbeza kali ini, Noorkumalasari tidak menerima panggilan yang lazim dilakukan kakaknya itu. "Saya akui terbit rasa bimbang tetapi berharap dan tak putus berdoa semoga dia dalam keadaan sihat serta baik. Mungkin dia sibuk melancong dan menguruskan hal lain.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/56202?m=1

No comments:

Post a Comment