Thursday 9 July 2015

Anak bekas ketua menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir hadir di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, hari ini untuk memfailkan permohonan menolak tuntutan RM121 juta yang difailkan bekas isterinya untuk nafkah anak. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.Anak bekas ketua menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir hadir di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, hari ini untuk memfailkan permohonan menolak tuntutan RM121 juta yang difailkan bekas isterinya untuk nafkah anak. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.
Peguam kepada anak Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Persekutuan untuk menolak permohonan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid yang menuntut nafkah anak sebanyak RM121 juta.
Permohonan Mahmud dibuat atas alasan anak mereka kini sudah berumur melebihi 18 tahun.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mahmud berkata, tuntutan RM121 juta untuk anak mereka, Raden Murya Abdul Taib Mahmud itu termasuk sebuah rumah teres di London bernilai RM60 juta, kediaman di Bukit Tunku (RM10 juta), 2 kereta Aston Martin (RM5.5 juta), insurans perubatan (RM5 juta) dan dana unit amanah (RM40 juta) bagi diuruskan bekas isterinya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anak-taib-mahmud-mohon-mahkamah-tolak-tuntutan-rm121-juta-bekas-isteri#sthash.qjn5Gxke.dpuf

No comments:

Post a Comment