Saturday, 11 July 2015

Ajal langgar lori

Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Seorang pengawal pengiring dan pemandu peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya melanggar lori di Kilometer 6.1 Lebuhraya Sprint, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa, Mohd Nazrul Marof, 38 yang dalam perjalanan ke rumah majikannya di Damansara Mutiara disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan tepung dari arah Kerinchi Link menghala ke Sri Hartamas menukar haluan dari kanan ke kiri jalan.
"Akibatnya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki melanggar belakang sebelah kiri lori berkenaan," katanya kepada Harian Metro.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 
Jumaat, 10 Julai 2015 @ 6:16 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63496?m=1#sthash.acx7tz2Q.dpuf

No comments:

Post a Comment