Mujahid: Letak jawatan, jangan tunggu surat
Pemimpin progresif PAS Datuk Dr Mujahid Yusof hari ini mengingatkan anggota parti yang memegang jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang supaya tidak perlu menunggu surat pemecatan untuk melepaskan jawatan.
MP Parit Buntar itu menegaskan anggota parti perlu berpegang teguh dengan prinsip dan meletakkan jawatan mereka tanpa berlengah-lengah lagi.
"Keputusan yang dibuat dalam muktamar minggu lalu sudah cukup jelas.
“Jika ada sebarang perbincangan, ia sepatutnya menjadi cara untuk melaksanakan keputusan dan bukan membatal atau mengubahnya," katanya kepada Malaysiakini.
"Saya tidak ada masalah dengan kerajaan negeri atau dengan DAP sebelum saya meletakkan jawatan. Saya perlu mengikut kepada keputusan parti saya.
"Kita mesti berpegang kepada prinsip kita tetapi itu tidak bermakna kita terkeluar daripada permainan ini," katanya lagi.
Bekas anggota jawatankuasa PAS itu mengulas insiden terbaru apabila setiausaha PAS negeri Mohd Fadzil Kemi diserahkan surat pemecatan supaya mengosongkan pegawai penerangan di pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Mujahid antara pemimpin PAS seperti bekas timbalan presiden Mohamad Sbu yang melepaskan jawatannya susulan keputusan muktamar di Kuala Selangor minggu lalu yang menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

No comments:
Post a Comment