Thursday, 18 June 2015

Tazkirah pagi ni  :       Pada suatu
ketika,
Rasulullah
bertanya
kepada
para
sahabat,

“siapakah
yg paling
luar biasa
imannya?”

Para
sahabat menjawab, “malaikat,ya Rasulullah.”

Balas Rasulullah, “sudah tentulah malaikat luar biasa
imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”

Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, “para
nabi,ya Rasulullah.”

Rasulullah berkata, “para nabi sudah tentu hebat
imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada
Allah.”

Para sahabat mencuba lagi, “kalau begitu kamilah yang
paling beriman.”
Jawab Rasulullah, “aku berada di tengah tengah kalian,
sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”

Lalu, salah seorang sahabat berkata, “kalau begitu, Allah
dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, “Mereka
adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al
Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman
denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang
yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia
adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi
beriman denganku.”

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung
dengan suara yang sedih “sesungguhnya, aku rindukan
mereka…

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Hantar ke semua group contact . Anda akan membuat
beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi
Muhammad S.A.W

No comments:

Post a Comment