RAWANG - Ibu kepada tiga anak merayu agar orang ramai dapat memberi sumbangan bagi menampung pembiayaan kos rawatan penyakit radang paru-paru yang dihidapinya sebanyak RM54,000.
S Sasikala, 40, menghidap penyakit itu sejak setahun lalu dan keadaannya semakin kritikal sejak akhir-akhir ini.
Suaminya, A Saravanan berkata, disebabkan keadaan kesihatan isterinya itu, dua daripada anak mereka terpaksa ditempatkan di pusat kebajikan sementara dia pula mencari rezeki sebagai pemandu lori.
Menurutnya, kutipan yang diperoleh setakat ini adalah sebanyak RM15,000.
“Pergerakan Sasikala sekarang terbatas, dia susah bernafas, ada kalanya muntah darah dan berat badan pula semakin susut.
“Rawatan juga ada dibuat di Kuala Lumpur melalui suntikan antibiotik selain ubat-ubatan,” katanya.
Saravanan berkata, pihaknya mengharapkan bantuan orang awam bagi membolehkan isterinya menjalani rawatan pemulihan di India dalam tempoh dua minggu lagi.
Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Sasikala Satchithana (162012891270).

No comments:
Post a Comment