Pesawah terkejut jumpa mayat berbungkus di terusan
Astro Awani | Kemas kini: Mei 28, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 28, 2015 16:14 MYT)
ALOR SETAR: Rutin pagi seorang pesawah hari ini menjadi gempar apabila dia menemui sekujur mayat berbungkus di terusan sawah di Langgar, Alor Setar hari ini.
Mayat yang dibungkus dengan tikar plastik merah dengan kabel hitam terikat pada kepala dan kaki itu ditemui pesawah tersebut kira-kira jam 9 pagi tadi sewaktu dia ingin mengangkut air dari tali air itu untuk mencuci tangan.
“Dalam pukul 7.30 pagi tadi saya ke bendang untuk kerja menyembur racun dan mahu mengambil air di sini. Saya tidak perasan ada mayat pada mulanya, tapi saya terus mendekati untuk memeriksa (bungkusan) itu,” ujar Shukri Salleh.
Dia yang berasa terkejut dan tidak sedap hati terus menghubungi pihak polis untuk melaporkan penemuan mayat terbabit.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan telah menerima laporan kejadian berkenaan.
Katanya, identiti mayat dikenal pasti sebagai lelaki berumur lingkungan 20-an dipercayai warga Rohingya yang hanya memakai kain pelikat berwarna hitam manakala badan ditutupi kain pelikat berwarna jingga.
Pemeriksaan yang dilakukan ke atas jasad tersebut bagaimanapun tidak menemui sebarang kesan kecederaan.
Tambah Adzaman, keadaan mayat yang masih lembut memberi petunjuk bahawa mangsa dipercayai baru mati dalam tempoh satu hingga dua jam sebelum ditemui.
Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut namun pihaknya akan menyiasat sama ada mangsa berkenaan dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di lokasi penemuan.
Pihak polis turut mengambil kira kemungkinan mayat tersebut merupakan salah seorang mangsa kekejaman sindiket pemerdagangan manusia.

Berita Berkaitan
- 99 rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia ditemui setakat ini
- Pemerdagangan manusia: 20 lagi mayat mangsa sindiket dikeluarkan dari hutan
- Operasi gali kubur fasa kedua mangsa pemerdagangan manusia bermula
- Infografik: Sindiket Pemerdagangan Rohingya
- Mayat dalam kotak: Polis tahan suspek rakyat Indonesia
No comments:
Post a Comment