Katanya, semasa dalam perjalanan itu, mangsa dikatakan melintasi sekumpulan pelajar, sebelum diangkat oleh seorang murid lain, lalu dicampak ke bawah.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan patah tangan serta kaki kanan.
“Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar,” katanya.
Mangsa kini dirawat dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan murid yang melakukan perbuatan itu merupakan seorang pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut sebelum tindakan susulan dilakukan.
Bapa mangsa, Faizul Khairy Zulkifli, 38, berkata Adam Zikri, 6, berada dalam keadaan stabil dan selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), pagi tadi.
"Alhamdulillah, doktor memberitahu setakat ini mereka tidak mengesan komplikasi serius akibat impak ketika dia jatuh. Adam Zikri mengalami kecederaan patah tangan kiri dan kaki kanan selain cedera pada kepala," katanya di sini, sebentar tadi.
Sementara itu polis sudah mengenal pasti murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya di sini, yang terbabit dalam kejadian kanak-kanak terjatuh dari tingkat dua sekolah itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata murid berusia 12 tahun terbabit menghidap autisme dan hiperaktif.
"Siasatan mendapati dia tidak berniat mencampak mangsa ke bawah, sebaliknya mahu bermain dengan mengangkat kanak-kanak itu dan meletakkannya di atas tembok koridor sebelum terjatuh," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment