TUMPAT - Keluarga Rajesh Kumar, 25, yang meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas cedera dalam kebakaran di sebuah asrama di Rusia pada April lepas, berpuas hati dapat menatap wajahnya buat kali terakhir.
Ayahnya Krishna Kumar, 52, berkata beliau sememangnya sedih dengan pemergian anaknya itu memandangkan anak sulungnya itu disenangi oleh anggota keluarga.
"Dia merupakan seorang ketua dalam rumah ini kerana selalu beri motivasi buat adik-adiknya, memang pemergiannya ditangisi oleh kami sekeluarga," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Adiknya Dimple Kumar, 24, berkata abangnya itu memang suka menolong orang yang berada dalam kesusahan serta rajin.
"Saya memang rapat dengan dia sebab kalau ada masalah memang saya beritahu kepada dia kerana dia senang untuk bawa berbincang," katanya.
Terdahulu mayat Rajesh dibawa ke rumahnya di Kota Baharu pada pukul 9.15 pagi untuk upacara sembahyang sebelum dibawa ke sebuah kuil di sini untuk upacara pembakaran mayat.
Upacara berkenaan dihadiri oleh saudara mara serta rakan dan selesai kira-kira 10.40 pagi tadi.
Rajesh menghembuskan nafas terakhir pada 12.10 tengah hari waktu tempatan di Hospital Skifosovsky di Moscow selepas 46 hari dirawat di hospital itu.
Beliau mengalami kecederaan dan melecur dalam kebakaran di asrama kampus Russian National Research Medical University pada 23 April.
Pada 5 Mei, seorang lagi pelajar Malaysia, Nor Atikah Ali, 25, meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan dan lecur di muka, tangan dan kaki.
Sejumlah 40 orang termasuk 27 rakyat Malaysia cedera dalam kebakaran di asrama 16 tingkat yang berlaku pada 11.30 malam pada 22 April (4.30 pagi 23 April, waktu Malaysia). - Bernama

No comments:
Post a Comment