Friday 26 June 2015

96

Antara pingat emas untuk negara dan penampilan di gelanggang, sesetengah peminat nampaknya lebih berminat memperkatakan pakaian digunakan atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.

Farah memenangi pingat emas ketiga skuad gimnastik negara melalui kategori rutin lantai di Sukan SEA 2015 di Singapura lalu.

Bagaimanapun, pengkritik Farah disenyapkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda menulis surat penghargaan malah mempertahankan atlet wanita itu.

Mengkritik pakaian anda sepatutnya menjadi perkara terakhir difikirkan mereka yang memberi komen negatif di media sosial.

 “Mereka perlu meraikan kejayaan anda untuk Malaysia dan Selangor,” kata baginda kepada Farah.

Dalam laporan The Star, Sultan Selangor memuji atlet gimnastik itu kerana mengharumkan nama Malaysia dan Selangor.

Farah diiringi bapanya Abdul Hadi Ahmad, menerima surat penghargaan itu daripada seorang pegawai Istana Selangor hari ini.

Sultan turut menasihati Farah tidak mengambil kisah komen daripada mereka yang berfikiran sempit, sebaliknya terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang itu.

"Masa depan Malaysia terletak pada generasi muda seperti anda dan rakyat akan menyokong mereka (atlet) untuk cemerlang dan bukannya memberi komen negatif.

“Beta yakin, ia harus mengambil masa beberapa tahun untuk bekerja keras, dedikasi, keazaman dan masa latihan yang lama bagi mencapai tahap yang telah kamu capai,” Sultan Selangor dilaporkan sebagai berkata.

Dalam reaksi Farah kepada The Star, beliau terharu dengan surat yang diterimanya itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Sultan Selangor kerana meluangkan masa untuk menulis surat kepada saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment