Myanmar lepas tangan
30 Mei 2015
BANGKOK - THAILAND. Myanmar menegaskan ia tidak harus dipersalahkan berhubung peningkatan krisis pelarian di rantau Asia Tenggara.
Pendirian itu dibuat semasa Sidang Kemuncak Bangkok bagi membincangkan penghijrahan tidak teratur di Lautan Hindi, semalam.
"Negara saya bukan punca kepada masalah ini. Isu kebanjiran migran ini sengaja dipolitikkan.
"Rakan-rakan kami di UNHCR (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian) perlu diberi maklumat yang tepat.
"Sikap saling menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah. Ia tidak akan membawa kita ke mana-mana," kata ketua delegasi Myanmar, Htein Lynn.
Sepanjang ucapannya, Lynn tidak menyebut Rohingya kerana bagi Myanmar bangsa tersebut adalah pendatang dari Bangladesh dan bukan sebahagian daripada 137 minoriti di negara itu.
Dalam pada itu, Ketua Perlindungan Antarabangsa UNHCR, Volker Turk berkata bahawa kunci permasalahan ini ada di tangan Myanmar dan mendesak negara itu untuk memberikan status warganegara kepada 1.3 juta Rohingya.
Lebih 3,000 orang pelarian yang kelaparan dan terdesak telah tiba di Thailand, Malaysia dan Indonesia beberapa minggu ini, manakala ribuan lagi dipercayai masih hanyut di laut selepas tindakan tegas diambil terhadap sindiket pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.
Penumpang di dalam bot itu merupakan etnik Rohingya yang melarikan diri daripada penindasan di Myanmar dan selebihnya adalah rakyat Bangladesh yang mahu keluar dari belenggu kemiskinan. - Bangkok Post

No comments:
Post a Comment