Penuntut cemas bas hampir masuk gaung
Gombak: Sebuah bas yang membawa 24 penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terbabas dan hampir terhumban ke dalam gaung tiga meter selepas dipercayai mengalami masalah brek sebelum terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Tua, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, bas yang turut dinaiki dua pemandu dipercayai dalam perjalanan pulang dari Hutan Lipur Ulu Yam dan dikatakan hilang kawalan selepas menuruni kawasan curam.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bagaimanapun dalam kemalangan itu tiada mangsa yang terkorban dan hanya dua pelajar wanita yang dilaporkan kritikal.
Masing-masing sudah dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan, katanya.
Masing-masing sudah dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan, katanya.
"Kesemua pelajar berusia 20 hingga 25 tahun terbabit dilaporkan selamat dan sembilan daripada mangsa kini sedang dirawat kerana mengalami cedera ringan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu bas berusia 44 tahun dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.
Sumber: Metro
No comments:
Post a Comment