Wednesday, 6 May 2015

Laporan terbaru oleh Sydney Morning Herald tentang keborosan Rosmah
May 5, 2015

Kalau pada 2 bulan lepas, akhbar Western Australia mendedahkan “kegiatan berbelanja mewah”seseorang yang dikenali dengan  gelaran “wanita pertama” berbelanja mewah barangan mutiara sehingga harganya mencecah RM487,687 manakala seorang anak kepada Datuk Najib dikatakan jugatelah berbelanja barangan mutiara sekitar AU$$60,000.

Itu laporan berita 2 bulan lepas. Terbaru, satu lagi akhbar utama diAustralia iaitu Sydney Morning Herald melalui komumnisnya yang bernama Adrew Horney mendedahkan cara berbelanja mewahRosmah Mansor semasa beliau bercuti di sana 2 minggu lepas sehingga menarik perhatian mereka untuk mengulasnya.

 Antara butiran laporan berita akhbar Sydney Morning Herald dalam ruangan Private Sydney” mendedahkan yang mana :

 Pemandangan dari dalam penthouse tersebut

  • Kolumnis Andrew Horney telah menggelarkan Rosmah Mansor sebagai “first lady of Shopping” menerusi laman twitter miliknya
  • Rosmah Mansor telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney
  • Rosmah Mansor merupakan “pelanggan terbesar” Carl Kapp setakat kerana sanggup berbelanja pada jumlah sebegitu besar untuk pakaian semata
  • Semasa Datuk Seri Najib Razak & isterinya Rosmah Mansor bercuti di sana, mereka menginap di Penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam
  • Rosmah Mansor dalam pada masa yang sama meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan Carl Kapp diterbangkan ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang telah ditempah oleh Rosmah Mansor sendiri

No comments:

Post a Comment