DAP akui bukan senang hapuskan GST
Bernama | Kemas kini: Mei 01, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 01, 2015 22:16 MYT)
BUTTERWORTH: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengakui bahawa penghapusan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan mengambil masa untuk dilakukan.
Lim, yang berkempen untuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pakatan pembangkang memerlukan tempoh tiga tahun sebelum pilihan raya umum akan datang, untuk menghapuskan GST.
"Itu bukan perkara yang senang untuk dihapuskan, namun kita yakin dapat melakukannya," kata beliau kepada pemberita semasa menghadiri Himpunan Hari Pekerja anjuran kerajaan Pulau Pinang di sini, hari ini.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau akan membantu Dr Wan Azizah menjaga kawasan Permatang Pauh jika Presiden PKR itu menang.
"Selepas perbincangan, saya akan membantu jaga kawasan Permatang Pauh dan Menteri Besar (Selangor) Azmin Ali bantu jaga Kajang sekiranya Dr Wan Azizah sibuk," katanya.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin, Dr Wan Azizah, Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).
Ia diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon melalui anggota keluarganya.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya.
Hari pengundian PRK itu pada ditetapkan 7 Mei ini.

Berita Berkaitan
- PRK Rompin: Pengundi muda jangan ikut emosi pilih pemimpin - KJ
- Rakyat terlibat IS dikenakan tindakan undang-undang jika pulang - Zahid
- Kekal harga minyak tiada kena mengena dengan PRK - Bung Mokhtar
- Ahmad Maslan nafi dapat arahan dilarang bercakap mengenai GST
- Pemuda PAS Pulau Pinang tarik balik boikot PRK Permatang Pauh
No comments:
Post a Comment