KUALA TERENGGANU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu pegawai dan anggotanya menggunakan gajet seperti telefon bimbit dengan bijak terutamanya ketika bertugas melakukan rondaan, kata Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fatimah Abdul Hamid.
Katanya, mereka perlu memberikan tumpuan semasa melaksanakan tugas rondaan terlebih dahulu melainkan terdapat panggilan mahupun kes-kes yang penting.
"Kita akui telefon ini sangat penting dan ada ketikanya semasa melakukan rondaan dan mendekati masyarakat terdapat maklumat penting untuk terus disalurkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama Skuad Amanita Terengganu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK) di sini hari ini.
Menurutnya, saranan itu dibuat sebagai satu daripada langkah untuk mengelak masyarakat memandang serong terhadap tingkah laku anggota pasukan itu ketika bertugas. - Bernama

No comments:
Post a Comment