Tuesday, 26 May 2015

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warganegara Pakistan dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menoreh kemaluan bekas teman wanitanya dengan pisau cukur, bulan lepas.
   
Gunam Raza Sanwal, 31, yang menganggur, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu terhadap pelajar Filipina berusia 30 tahun di Hotel Petaling Street  di Jalan Petaling di sini pada 11 pagi, 24 Mac lepas.
   
Menurut fakta kes, mangsa bertemu dengan Gunam di Kuala Stesen Central Lumpur untuk mengambil telefon bimbitnya yang dibaiki.
   
Semasa di stesen itu, Gunam memaksa wanita itu mengikutnya ke sebuah hotel di mana dia menanggalkan seluar dalam wanita itu sebelum menamparnya dua kali di muka dan menoreh kemaluannya hingga cedera dengan pisau cukur.
   
Gunam enggan melepaskan mangsa hingga keesokannya dan wanita itu membuat laporan polis sebelum pulang ke kediamannya.    
   
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin mengarahkan Gunam menjalani hukumannya dari tarikh dia ditangkap pada 29 Mac.
   
Pendakwaan dilakukan Inspektor Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

No comments:

Post a Comment