KASIH seorang ibu hingga ke hujung nyawa…
Tragedi di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu yang mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi comel mereka yang hanya 7 bulan amat menyentuh hati masyarakat.
Ternyata di saat-saat sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa, Nova Safitri Azhari, 27, sempat memberi pesanan terakhir kepada keluarga terdekat untuk menjaga kesemua anak perempuanya setelah ketiadaannya nanti.
“Jaga anak-anak saya,” pesanan terakhir Nova kepada saudara perempuan yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dia meninggal dunia.
Saudara terdekat mangsa yang kebetulan lalu di jalan yang sama berhenti selepas melihat kereta Mitsubishi Pajero yang dinaiki Nova dan suaminya, Fairuz Nizam Husain serta bayi mereka mengalami kemalangan.
Yusnidah Husain, 47, kakak kepada Fairuz berkata, anak lelakinya dan menantu berhenti di tempat kejadian selepas melihat insiden itu.
“Menantu saya bergegas ke arah Nova yang kelihatan nazak dan memangkunya dalam pelukan untuk mendengar kata-kata terakhir Nova itu,” kata Yusnidah kepada News Straits Times.
Ia dilapor sebagai berita utama muka satu atau muka hadapan akhbar berkenaan hari ini.
Nova serta suami dan bayi mereka terkorban dalam nahas berkenaan.
Mereka meninggalkan dua anak perempuan lain yakni Nur Firuza Amira, 7, serta Nur Firuza Aqila, 4.
No comments:
Post a Comment