KUALA LUMPUR - Lim Guan Eng (DAP-Bagan) menggesa agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tinggal di Sabah untuk menyelamatkan dua mangsa culik di negeri itu.
Menurutnya, keadaan keselamatan negara semakin genting apabila rakyat merasa tidak selamat di tanah air mereka sendiri.
Malah beliau turut mendakwa ahli-ahli Parlimen Sabah turut mengunci mulut mengenai isu keselamatan di Sabah yang membimbangkan itu.
"Keselamatan negara sekarang bertambah genting bukan hanya dari segi jenayah sahaja. Rakyat kita diculik oleh pengganas-pengganas...yang berlaku di Sabah, mengapa tidak ada tindakan,"katanya pada sidang Dewan Rakyat ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), semalam.
Beliau berkata, Esscom ditubuhkan untuk tujuan ini, namun mengapa ia tidak berkesan untuk memastikan bahawa rakyat selamat di tanah air sendiri.
"Mengapa dalam hal ini kita tidak melihat rakyat atau ahli Parlimen Sabah menyuarakan masalah keselamatan ini dengan lantang? Minta tindakan diambil.
"Jika tidak, minta Menteri Dalam Negeri, duduk di Sabah supaya dapat selamatkan dua rakyat Sabah yang telah pun diculik," katanya.
Namun, kenyataan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu disanggah Datuk Dr Makin@Marcus Mojigoh (Putatan-BN) dan menggesa Guan Eng menarik balik kenyataan tersebut.
"Oleh kerana Yang Berhormat sentuh ahli Parlimen dari Sabah berdiam (diri), tidak bising, tidak menyuarakan keperluan rakyat...itu tidak benar. Ertinya itu bohong.
"Yang Berhormat, kami telah membuat satu usul pada minggu yang lalu dan semua ahli Parlimen Sabah bersuara soal keselamatan di Sabah. Jadi, kenyataan Yang Berhormat itu diminta tarik balik.
Namun Guan Eng pula kembali mempertahankan kenyataannya dengan menyebut, "tadi saya sebut tentang Menteri Dalam Negeri.
"Mengapa tak minta Menteri Dalam Negeri duduk di Sabah sehingga dua yang diculik ini diselamatkan? Itu yang saya sebut tadi," katanya.
Dr Makin yang tidak berpuas hati terus meminta Guan Eng agar tidak memutarbelitkan kenyataannya.

No comments:
Post a Comment