Gadis bawah umur antara ditangkap khalwat
Melaka: Gadis bawah umur antara enam pasangan berusia 15 hingga 32 tahun yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Operasi Cegah Maksiat dilakukan di sekitar Daerah Melaka Tengah, Melaka, awal pagi tadi.
Operasi bermula 12 tengah malam hingga 3 pagi itu membabitkan tujuh lokasi serbuan.
Ketua Pengarah JAIM, Ismail Hamad berkata, operasi dijalankan di sekitar pesisir Pantai Dataran 1Malaysia, Klebang, sebuah pusat judi dan lima hotel.
"Dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 71 Enakmen Syariah negeri Melaka 1991 kerana berkelakuan tidak sopan yang boleh dikenakan denda RM1,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
"Manakala empat lagi pasangan ditahan mengikut Seksyen 53 enakmen yang sama kerana bersekediaman yang boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya," katanya.
Ahad, 24 Mei 2015 @ 1:01 PM
No comments:
Post a Comment