JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesan 25 lori yang melanggar undang-undang menerusi operasi bersepadu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), di sini, hari ini.
Pengarah Penguatkuasaannya Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata operasi bermula 6.30 pagi hingga 2 petang itu melibatkan 52 pegawai dan anggota SPAD, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) serta Jabatan Alam Sekitar Johor.
"Kesemua lori masing-masing membawa pelbagai muatan termasuk pasir, tanah, tanah liat dan batu.
"Antara kesalahan yang dikesan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 itu adalah membawa lebih muatan, muatan melebihi panel sisi serta ingkar arahan timbang," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Che Hasni berkata pihak SPAD merekodkan keterangan daripada kesemua pemandu lori yang terlibat sebelum tindakan kompaun atau mahkamah dikenakan terhadap syarikat kenderaan tersebut.
Beliau berkata operasi berkenaan turut melibatkan 13 kenderaan pacuan empat roda milik SPAD, PTG dan Plus yang digunakan untuk meninjau lori yang melalui kawasan lebuh raya berkenaan sebelum diarah ke lokasi R&R berkenaan untuk pemeriksaan.
Katanya, operasi sama akan dilakukan di dua daerah di negeri ini esok dan Rabu sebagai langkah penguatkuasaan berterusan.
"Operasi bersepadu merupakan usaha SPAD bersama pelbagai agensi penguatkuasa lain bagi mengesan pengusaha lori yang masih gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan," kata beliau.
Ini adalah operasi kedua pada tahun ini selepas yang pertama dilakukan pada awal tahun ini, katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment