'YAKIN SEBENAR-BENAR YAKIN PADA ALLAH BUKTI PERGANTUNGAN KITA KEPADA NYA
Pastinya seringkali kita berada dalam sifat kelemahan, kelemahan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan serta tekanan dalam hari-hari baru kita. Kepada siapa kita perlu bergantung dan kepada siapa kita perlu bergantung harap? MasyaAllah pastinya Allah SWT pencipta kita yang Maha Agung, dialah tempat untuk kita luahkan segala keluh resah dan pada dia lah juga tempat untuk kita menagih simpati serta pertolongan. Bangun malam bermunajat kepada Allah dengan tangisan-tangisan mohon pertolongan. Firman Allah: “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi ( segala perintah Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al-Baqarah : 186.
Oleh itu, jika inginkan pertolongan dari Allah pastinya tiada jalan lain selain ikhtiar adalah perlu untuk tundukkan diri kepada Allah, mohon dan merayulah kepada yang Esa kepada yang sepatutnya. Memohon pertolongan serta yakin bahawa Allah akan menerima doa kita, dan ingatlah perlunya sangka baik kepada Allah. Yakin sebenar-benar keyakinan pada Allah bukti pergantungan kita pada Nya. “Engkau lah sahaja ( Ya Allah) yang kami sembah dan kepada kepada Engkau lah sahaja kami mohon pertolongan.” - Al-Fatihah : 5'
Facebook Rohana Saad
No comments:
Post a Comment