Tuesday 21 April 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu      
3 Rejab 1436H
22 April 2015.                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya الله kurniakanlah pada kami keselamatan dari api neraka.

Ya الله masukkanlah kami dan keluarga kami dalam golongan orang yang beriman.

Ya الله , satukan kami dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang kami sayangi semata-mata kerana Mu.

Ya Rabb, sempurnakan agama kami dan ibadah kami.

Ya الله selamatkan kami daripada kejahatan dan izinkan kami menyempurnakan sebahagian daripada agama kami .

Ya الله terimalah amalan baik kami dan tingkatkan pahala dan rahmat Mu untuk kami.

Ya الله padamkan dosa-dosa kami dan ampunkan kami sepenuhnya.

Ya الله limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.

Ya الله , apabila kami mati, biarlah jiwa kami dan rekod amalan kami menjadi amalan tertinggi

Ya الله kurniakan kami , ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

Ya الله , masukkan kami dalam golongan  yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

Ya الله Ya Tuhan kami, tingkatkan keyakinan dan tawakal kami padaMu.

Ya الله janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami keatas keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

Ya الله tingkatkanlah kecintaan kami untuk Mu dan Nabi Mu Muhammad SAW .

َYa الله kami memohon Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.  

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Aminnnnnn Ya Allah.......َ
Perkongsian hari ini:

KENAPA GAGAL DAN BAGAIMANA BERJAYA
————— 🌟✨🌟 ————
Sila take note
👧 Kenapa ramai usahawan gagal adalah disebabkan ATTITUDE (SIKAP) yang suka menyalahkan orang lain. Bagi mereka, Life is so Easy by blaming others.

👧 Kenapa ada orang yang berjaya & ada yang gagal. Ianya terletak kepada bagaimana mereka buat KEPUTUSAN.

👧 Tanda orang yang berjaya, mereka sentiasa BERSEDIA. Be Prepared. Ini kerana, kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi jika kita bersedia.

👧 Jika seseorang itu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah semua yang benda yang dia buat pasti bersungguh-sungguh. How you do anything, Is how you do Everything.

👧 Orang yang berjaya, hatinya luas. Bukan kecil yang suka sentap & merajuk.

👧 Orang yang berjaya, apabila mereka mulakan sesuatu, mereka akan akan lakukan dengan terbaik sehingga habis. Orang gagal pula sebaliknya.

👧 Orang yang berjaya, mereka pantas buat KEPUTUSAN, Serius dengan apa yang mereka buat & sentiasa berikan 100% komitmen.

👧 Untuk orang suka beli produk kita, kita perlu sukakan Allah terlebih dahulu. Cari keberkatan.

👧 Untuk jadi orang yang berjaya, perlu berkawan dengan orang yang lebih berjaya.

👧 Formula untuk berjaya, TUKAR kawan.

👧 Orang yang berjaya sikapnya berbeza. Mereka tak suka komplen. Mentaliti & kesabarannya pun berbeza.

👧 Orang berjaya pantas buat keputusan & tindakan. Mereka tak terhegeh-hegeh & mereka percaya terhadap apa yang mereka ingin lakukan.

👧 Orang berjaya sanggup labur duit untuk berjaya.

👧 Orang berjaya suka bina NETWORKING. Anda adalah siapa kawan anda. Untuk hidup berubah, Upgrade kawan anda. Copy successful person, you’ll be successful.

👧 Orang berjaya sudah buat keputusan awal untuk mereka berjaya.

👧 Orang berjaya tidak bertangguh. Fast action fast result. Now or Never. Bisnes adalah tentang kepantasan. It’s all about SPEED.

👧 Orang berjaya tidak hiraukan kutukan orang lain.

👧 Orang berjaya selalu FOKUS. Fokus 1 produk, fokus 1 masalah. Bisnes wujud sebab adanya masalah. Di mana ada masalah di situ ada peluang.

👧 Orang berjaya konsisten & persisten dalam apa yang mereka nak capai.

👧 Jika kita nak capai satu benda yang kita tak pernah capai, kita kena berani buat perkara yang kita tak pernah buat.
Jika diperhatikan, kebanyakan tips di atas adalah berkenaan dengan Attitude (sikap). Ini kerana untuk membina bisnes bukanlah suatu proses yang sukar jika dibandingkan dengan proses membina sikap untuk menjadi usahawan berjaya.

🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨

Semak diri sendiri. Adakah kita mempunyai ciri2 orang berjaya atau tidak...

No comments:

Post a Comment