Tuesday, 21 April 2015

πŸ’™❤πŸ’œπŸ’šπŸ’›πŸ’–πŸ’™❤πŸ’œπŸ’šπŸ’–

MALFUZAT BHAI HAJI KHALID MUSTAFA

Semasa tuan2 dalam perjalanan ke markaz, mungkin kenderaan roask atau banyak menggunakan petrol serta banyak mengeluarkan asap. Maka Allah swt akan timbang kesemuanya itu dan tukarkannya menjadi paha kebajikan.

Seperti mana tuan2 lihat di markaz Mesjid Sri Petaling ini ramai yang datang bukan kerana cantik dan besarnya mesjid ini tetapi adalah hasil orang2 yang membuat dakwah.

Baru2 ini terdapat jemaah ulamak (pelajar alim Miftahul Ulum Sri Petaling) yang baru balik dari 1 tahun keluar di jalan Allah swt.

Salah seorang daripada jemaah mereka telah bermimpi bahawa Nabi Muhammad saw, Sayyidina Abu Bakar ra dan Sayyidina Umar ra duduk dalam bayan berhampiran mimbar di markas Mesjid Sri Petaling.

Jadi....bertuahlah orang2 yang Allah swt pilih buat usaha agama (DAKWAH).

πŸ€πŸŒΊπŸŒ·πŸŒΉπŸŒΈπŸŒ»πŸŒΌπŸ€πŸŒΊπŸŒ·πŸŒΉ

No comments:

Post a Comment