Sunday 12 April 2015

Mukhriz harus letak jawatan jika tidak nyatakan sokongan terhadap Najib - Adun Kedah 

Mukhriz harus letak jawatan jika tidak nyatakan sokongan terhadap Najib - Adun KedahDatuk Seri Mukhriz Mahathir harus meletakkan jawatannya jika tidak dapat menyatakan pendiriannya tentang sokongannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kata Datuk Ahmad Lebai 
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir harus meletakkan jawatannya sekiranya tidak dapat menyatakan pendiriannya tentang sokongannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ini adalah pendapat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang memberitahu SuaraTV bahawa Menteri Besar adalah jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional dan sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, lebih baik beliau meletakkan jawatannya.

Ahmad Lebai ditemuramah oleh Suara TV selepas perjumpaan tergempar pemimpin UMNO Kedah hari ini, di mana Mukhriz dikatakan berbeza pendapat dengan mereka yang hadir.

Mukhriz dilaporkan berkata akan menunggu siasatan terhadap 1MDB selesai sebelum menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Ahmad Lebai berkata 1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi “benchmark” kepada kepimpinan Najib.

Beliau turut berkata kenyataan Mukhriz itu dibidas oleh mereka yang hadir di perjumpaan tersebut, termasuk Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom.

“Saya dimaklumkan perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk menyokong YAB Perdana Menteri, namun ketika perjumpaan tersebut Menteri Besar berkata beliau berpihak kepada rakyat. Saya pun hairan rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib sekarang.”

“Hari ini kita sepatutnya membuat kenyataan menyokong kepimpinan PM jadi tidak perlu membincangkan isu-isu lain yang tidak berkaitan,” katanya kepada SuaraTV.

Kebelakangan ini, Najib sering dikritik keras oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dimana beliau membangkitkan pelbagai isu termasuk isu 1MDB.

Sementara itu, Najib berkata beliau tetap menghormati Mahathir seperti mana beliau menghormati rakyat Malaysia yang lain. 
 
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

No comments:

Post a Comment