Hanya tangisan teresak-esak ketika doa akhir setelah 4 hari, sebelum nama-nama jemaah di sebut untuk di hantar ke seluruh pelusuk alam ini.Air mata penyejuk hati ini semua.bila niat" Hanya kerana Allah "ubat bagi segalanya. Bagaimana kita menyebut nama Allah tanpa kesan dalam hati kita semua. Ikrimah ra ketika membaca Al-Quran menyebut inilah kalam Allah tuhanku. Dia menangis ketika menyebut Allah.
Umar ra panggil Huzaifah ra yang merupakan pemegang rahsia Rasul saw. Beliau ada senarai nama orang munafik. Huzaifah ra tanya wahai umar ra kamu khalifah dan kamu ingin tanya nama orang munafik. Jawabnya tidak. Aku ingin periksa nama aku ada tak dalam senarai nama orang munafik. Orang yang Nabi saw kata jika ada Nabi selepas aku Umar ra ialah orangnya. Kuburnya sebelah Nabi saw dan Abu Bakr ra. Tapi masih risau keadaan imannya. Zaman Umar ra mahkota orang bathil yang berharga 900 juta berada dalam simpanan orang Islam. Kaya masa itu. Tapi masih beliau berpakaian 17 tampal dan hidup seperti Nabi saw. ISLAM tersebar dizamannya. Jatuhnya kuasa besar ketika itu. Betapa ramai orang memeluk Islam. Bagaimana zaman kita ketika ini? Sehingga tergamak ketika tinggalkan dakwah dan biarkan 5 bilion orang hidup hari ini tanpa kenal Allah. Apakah musibah lebih besar dari mati tanpa kenal tuhan. Pelbagai musibah kita hadapi. Tapi tiada lebih dahsyat dan lebih malang dari hidup tanpa kenal tuhan. Kenapa kita kejam?ya Allah maafkan diriku ini yang bersalah dan berdosa. Ya Allah diriku ebit lew ini sudah tidak berguna lagi. Ya Allah gunakanlah diriku dan terimalah. Orang beriman akan risau imannya.
Syukur pada Allah hari ini 221 jemaah Malaysia dengan diri, harta,dan masa sendiri telah dibentuk dari Sri Petaling ke seluruh dunia. Jemaah lelaki dan jemaah bersama isteri akan berdakwah 4 bulan dan 2 bulan. Antara tempat mereka akan pergi ialah Cyprus, Jepun, Usa Boston, Austria,Nambia, New Zealand, Netherland, Jordan, Chile, Uk-england, Findland,Moroco,congo, Mangolia, Autria, Kyrgistan, suriname, solomon island, Rumania, Albania,Turkey, Greece, Sweden, Saudi Arabia, India,Pakistan, Bangladesh, Indonesia,Thailand, dan seluruh Malaysia.
4 hari suasana kasih sayang. Dari semua golongan paling kaya dan miskin tidur bersama dalam masjid dan bawah khemah. Semua sibuk bagi orang lain masuk tandas dulu. Melayan orang makan. Senyum dan salam. Sakit belakang tidur, dan makan dalam dulang. Berkumpul dengar kebesaran Allah. Kisah hidup Nabi saw dan sahabah rhum. Bukan persatuan atau pertubuhan hanya kerana tanggungjawab seorang Islam biasa.Hanya kerana kau ya Allah. Hanya kerana kau ya Allah.
Ya Allah terimalah semua ini jadi asbab hidayah buat semua manusia seluruh dunia. Bangkitkan semua orang Islam berdakwah dan menjadi sebab semua orang mengenal kaulah tuhan. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Ya Allah yang melihat dan sayang kami semua. Sepanjang majlis air mata tak berhenti mengalir. Wahai ALLAH terimalah kami semua-ebit lew
No comments:
Post a Comment