Monday 16 March 2015

Wanita berkenaan berkata sambil menangis-nangis…

“Ini janji kami berdua.Jika abang meninggal dulu, kamu (isteri) akan mandikan jenazah abang. Kalau kamu meninggal dulu,abang akan mandikan jenazah kamu.”...

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apa yang berlaku. Ustaz jawab tak pe kalau isteri nak mandikan jenazah suaminya. Ustaz tadi dan beberapa orang temankan si isteri memandikan jenazah suaminya..

Si isteri dengan tenang membasuh muka suaminya sambil berdoa,..

“Inilah wajah suami ku yang aku sayang tapi Allah lebih menyayangi abang. Moga Allah ampunkan dosa-dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti...”

Isteri membasuh tangan jenazah suami sambil berkata,..

“Tangan inilah yang mencari rezeki halal untuk kami. Masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untukmu suami ku.”...

Isteri membasuh badan jenazah suami sambil berkata,..

“Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2. Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku.”..

Seterusnya isteri membasuh kaki jenazah suami sambil berkata:

“Dengan kaki ini,abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Terima kasih abang, Moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala berlipat gandanya.”

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata,

“Terima kasih abang kerana aku bahagia selama menjadi isterimu dan terlalu bahagia. Terima kasih kerana meninggalkan aku permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai isterimu redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah.”

Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment