Sunday, 22 March 2015

Kejadian  ini berlaku pagi semalam di tempat letak kereta di Krokop Miri. Seorang  wanita perancis menjadi mangsa buli samseng jalanan apabila beliau  diserang dan dipukul oleh seorang wanita yang marah selepas mangsa  menjerit agar berhenti mengundurkan kereta kerana bimbang ibunya yang  berdiri hanya beberapa inci di belakang kereta wanita tersebut.

 wanita Perancis berusia 44 tahun itu sebelum kejadian  dikatakan bersama dengan ibunya sedang membuka but kereta mereka untuk  meletak barang-barang yang telah dibeli di pasar. Namun sebuah kereta  parkir berhampiran mereka tiba-tiba mengundur dan hampir terlanggar ibu  mangsa.

 Terkejut dengan kejadian itu, wanita itu terus menjerit  terhadap pemandu kereta berkenaan agar berhenti mengundurkan  kenderaannya.Tetapi jeritan wanita Perancis itu menyebabkan pemandu  wanita terbabit berang.

 Sambil melangkah keluar dari keretanya,  pemandu wanita itu terus meludah mangsa sebelum memukulnya menggunakan  payung cap ayam di bahagian dahi. Mangsa mengalami kecederaan di  bahagian kepala dan muka akibat diserang dengan payung. Kereta mangsa  juga turut dihentak sehingga calar.

 Seorang pemandu wanita (baju biru) yang lain menyaksikan kejadian itu cuba meredakan keadaan namun tidak berjaya.
  Sekali lagi wanita itu cuba menenangkannya dan meminta dia memohon maaf  kepada dua wanita Perancis, namun tidak diendahkan. Wanita itu  sebaliknya memilih untuk terus marah dan memandu pergi dari tempat  kejadian.

 Namun, mangsa berjaya mengambil gambar keretanya dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Miri pada hari yang sama.

Sumber: http://tinyurl.com/pwg4vph

No comments:

Post a Comment