KERAJAAN MEMBAYAR RM73 JUTA LEBIH MAHAL UNTUK MEMBELI JET PERIBADI ACJ320

Sebelum ini, saya telah mendedahkan kos sebanyak RM465 juta yang akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan selama 15 tahun untuk membayar pembelian jet peribadi baru ACJ320. Saya juga telah mendedahkan kos naiktaraf kabin sebanyak RM28 juta yang telah dimasukkan di dalam harga keseluruhan jet peribadi ini. Sehingga kini, tidak ada satu penafian pun dari Perdana Menteri mengenai maklumat kos ini.

Saya ingin menyatakan pada hari ini bahawa kos RM465 juta itu sebenarnya lebih tinggi dari harga sebenar yang sepatutnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan jika jet peribadi ACJ320 itu dibeli terus oleh Kerajaan Persekutuan tanpa melalui syarikat swasta.

Malangnya, Kerajaan Persekutuan telah menggunakan khidmat sebuah syarikat swasta iaitu Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd (“JPO”) untuk membeli jet peribadi ACJ320 yang kemudiannya dijual pula kepada Kerajaan Persekutuan.

Maklumat harga dan nilai pasaran jet peribadi ACJ320 ini boleh diperolehi dari perunding penerbangan antarabangsa iaitu Ascend Flight Global Consultancy. Maklumat mengenai takrifan dan kaedah penilaian harga sesebuah jet atau helicopter boleh diperolehi di lamannya iaitu http://www.ascendworldwide.com/2014/03/the-ascend-approach-to-aircraft-valuation.html

Dalam siasatan oleh National Oversight & Whistleblowers (NOW) mengenai kes ini, NOW telah berjaya mendapatkan nilaian harga semasa jet peribadi ACJ320 ini seperti yang dipaparkan di laman Ascend Flight Global Consultancy seperti berikut (capaian kepada maklumat ini hanya terhad kepada syarikat atau individu yang melanggan khidmat Ascend):


Berdasarkan maklumat dari Ascend Flight Global Consultancy ini, nilaian harga ACJ320 oleh Ascend Flight Global Consultancy adalah seperti berikut:

1. Harga pasaran (“half life market value”) berdasarkan urusniaga terkini bagi jet sama model dan sama umur – USD70.4 juta atau RM246.4 juta (pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1)

2. Harga asas (“half life base value”) berdasarkan nilai ekonomi yang boleh dijana oleh jet sama model dan sama umur – USD62.86 juta atau RM220 juta


Ini bermakna harga sebenar jet peribadi ACJ320 ini adalah di antara RM220 juta hingga RM246 juta.

Melalui salinan perjalinan jual beli di antara JPO dan Air Luther AG, saya boleh mengesahkan bahawa JPO bersetuju membayar USD89 juta iaitu USD19 juta lebih mahal dari harga maksima mengikut nilaian semasa. Dari harga USD89 juta itu, USD8 juta adalah bagi naiktaraf kabin seperti yang saya dedahkan semalam dan baki USD11 juta (bersamaan RM39 juta) adalah bayaran yang melebihi harga pasaran semasa.

Tidak cukup dengan pembayaran yang melebihi harga pasaran ini, JPO kemudiannya menjual pula jet peribadi ACJ320 ini pada harga sewa beli yang menyebabkan Kerajaan Malaysia terpaksa membayar lebih tinggi dari kos sekiranya ia membeli sendiri jet peribadi tanpa melalui JPO.

Dengan menggunakan harga ACJ320 pada USD89 juta seperti yang dijual oleh Air Luther AG, sekiranya Kerajaan Persekutuan membeli sendiri jet peribadi ini terus dari Air Luther AG, jumlah bayaran bagi tempoh 15 tahun pada kadar faedah 4% setahun (iaitu kadar pinjaman yang biasa dibuat oleh Kerajaan Persekutuan) adalah RM395 juta.

Jumlah ini adalah RM70 juta lebih murah dari jumlah perjanjian sewa beli di antara Kerajaan Persekutuan dan JPO.

Maka, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu menjawab soalan-soalan ini:

1. Kenapa Kerajaan Persekutuan bersetuju membayar harga yang RM39 juta lebih mahal dari harga pasaran mengikut nilaian harga sebenar ACJ320?

2. Kenapa Kerajaan Persekutuan tidak membeli terus ACJ320 dari Air Luther sedangkan itu lebih murah? Tindakan membeli dari JPO menyebabkan Kerajaan Persekutuan membayar RM70 juta lebih mahal berbanding jika Kerajaan Persekutuan membeli terus dari Air Luther.


Keseluruhannya, bukan sahaja pembelian jet peribadi baru ACJ320 ini adalah membazir, ia juga dibuat pada kos yang jauh lebih tinggi dari harga nilaian maksima jet itu.

Berdasarkan perkiraan saya, Kerajaan Malaysia membayar RM109 juta lebih mahal dari harga sebenarnya (iaitu RM39 juta harga yang lebih mahal dari nilaian maksima harga pasaran dan RM70 juta melalui perjanjian sewa beli yang lebih mahal berbanding jika Kerajaan Persekutuan membeli terus).


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

23 Mac 2015

The Ascend approach to aircraft valuation | Ascend

Ascend has a longstanding history of aviation asset appraisal that can be traced back over half a century. We apply a clear and consistent approach to valuation, as explained below.The

ascendworldwide.com
Write a comment...

Nordiah Rain

Bgs yb rafizi.teruskn pendedahan agar ketirisan krjaan diketahui rakyat
Like18ReplyMore2 hours ago

Yakuza Sniper

Macai2 umno duk menyalak. .rakyat menanggung hutang PM enjoii. ..Sy sokong YB Rafizi. ..terus kan usahamu rakyat sentiasa bersama
Like9ReplyMore2 hours ago

Idris Ahmed Idris Ahmed

So anwar dalam lokap bagaimana pulak kemahuannya adakah diletakkan sama taraf dgn banduan lain?. Kalau bab dlm lokap pun anwar mahu dilayan seperti vvip itu belum lagi selera jika anwar pulak memiliki jet. Pokok pangkalnya belum jadi pm pun selera tetap 2x5.
Like8ReplyMore2 hours ago

En Wan

GST menjarakan golongan org kaya dgn org miskin.jika dikaji dgn teliti org kaya bertambah kaya.org miskin bertambah susah dgn sara hidup skrg.ini sudah tarjadi di negara jiran kita sendiri seperti indonesia.dimana kesusahan dpt dirasai utk hidup.jika dilihat sekrg jumlah paling ramai yg dtg ke malaysia utk bekerja .2 juta.dan di negara india pun mengalami nasib yg sama seperti indonesia.ia perlu di cegah gst ini.yg tidak kestabilan ekonomi.dimana perbezaan di bandar dgn di kampung.gaji di kampung tak sama dgn di bandar.tertapi harga barang tetap sama.jelas disini bahawasanya.bila dilaksanakan gst ini akan menambah bebanan rakyat semua.

403 Forbidden

kaya.org · 
Like6ReplyMore59 minutes ago

Abdul ES

Umnogok lembu kankung 47% vavi
Like5ReplyMore2 hours ago

Rusli Osman Lee Panjang

Apabila celaka memerintah.. Rakyat d celakakan
Like5ReplyMore1 hour ago

Umar Abdullah

Sukanya hati dapat kerajaan yg boros persis sahabat syaitan
Like4ReplyMore1 hour ago

Ramesh Arumugam

Kita kerajaan mampu bayar lebih itu hak perdana menteri lagi pun bukan duit engkau ini kan duit kerajaan kata shahidan menteri mangkuk
Like4ReplyMore2 hours ago

Taro Minami

Pakai tudung tapi tolak hudud.. Apa beza dgn rosmah?
Like10ReplyMore2 hours ago

Richard Lee

Mana pergi wang yang lebih itu?
Like3ReplyMore2 hours ago

Julia Razali

MashaAllAH byknya laki bini nih makan duit rakyat adakah kowang nak halalkan apa yg dowang nyekek hah laki bini nih lebih teruk drp presiden filipina marcos n bini imelda marcos.Pendedahan yg cukup jelas n bukti sudah cukup utk rakyat mlsia buat satu keputusan yg waras jgn jadi lembu cucuk hidung atau itik serati yg tau mengangguk jumlah yg begitu byk sudah cukup utk membasmi kemiskinan d seluruh malaysia.Adakahkowang sume tahu nape laki bini nih makan duit rakyat ...sbb undang2 british lah yg menyebabkan pemimpin tidak bule d dakwa walau sebesar mana sekali pun kesalahan dowang.Doa jer la mudahan AllAH balas segala perbuatan pemimpin2 kita yg kejam n rakus lebih drp zionist atau komunis
Like3ReplyMore1 hour ago

En Wan

lawan tetap lawan demi pas
Like2ReplyMore1 hour ago

Haikal Iskandar

Sape sokong bn nmang bodoh
Like2ReplyMore59 minutes ago

Mohd Afandi

Jgn kite asik hntam najib je... Lim guan eng tukar kereta tk de plak si rafizi kecoh ...knape sbb pkr dgn dap 1 grup dgn pmbakang... Klau nk kritik biar 2 dua ... Baru tul yg ko ne pjuang untuk rakyat...
Like2ReplyMore1 hour ago

Mohd Nasir Ramli

Good Jobs,...he he but if u are the prime minister u will do the same thing lah ..... kata paku dulang serepeh lah ...tengok hubby u dengan selangor govet...... alll putar alam .............U know what I mean.
Like2ReplyMore2 hours ago

Idie Rio

Like2ReplyMore2 hours ago

Ariena Yasiry

Sb macai3 mudah kena tipu!
Like1ReplyMore2 hours ago

Mohd Asim Jaurah

Jet Peribadi tu duit Gomen ...
untok DSAI 5 tahun akan datang jadi PM nanti .. Kak
Wan Rafizi Tian Chua pun
boleh naik sekali ...
Like1ReplyMore1 hour ago

Mahmud Suhaili

Najib peduli apa dgn kita.... BRIM kan adooo.... Pastu dia tarik Guna GST , Macai mmg suka d perbodohkan... Hidup umno/BN.... Kikikikiki
Like1ReplyMore30 minutes ago

Huhu Haha

Like1ReplyMore1 hour ago

Azhar Ahmad

sudahlah kak wan woi....hang pi tlg tengok cucu hang noo...
Like1ReplyMore2 hours ago

Abu Azali

Pr dh tk dk topik dah
Like1ReplyMore1 hour ago

Wattie Hashim

Nak pelingkop rakyat dan negara saja
Like1ReplyMore1 hour ago

Asha Mansor

Pangkat di dahulukan, Kepentingan peribadi d utamakan. Idop gtu malaysia masih amann! ‪#‎ehhh‬ ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
Like1ReplyMore1 hour ago

CaptSam Azrill

LikeReplyMore33 minutes ago

Salleh Alex

Mlysia mcm ni blh bankrap byk hutang,rkyt jd mangsa byr cukai..sial ko najib...
LikeReplyMore41 minutes ago

Farah Fx

PM kita x kn buat penafian sbb PM kita bersifat pemalu bila sentuh hal hal duit rakyat ni...
LikeReplyMore2 hours ago

De El Muhammad

Ramai yg taktau kesan jika pm boros. Lain lah jika pm pakai duit sendiri. Hal ni jugak boleh memberikan kesan kpd rakyat. Termasuk gst tu. Jgn sempitkan pemikiran anda.
Like3ReplyMore1 hour ago

Pembantu Rumah

Tak apalah, tu kan harga aksessori spoiler jet biar nampak fancy sikit...
LikeReplyMore1 hour ago

Ida Farida Idah

Hentam la labuuu
LikeReplyMoreJust now